awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota bomba gendong pendaki cedera, bawa turun bukit

Azee Shafy
Azee Shafy
21/01/2023
14:59 MYT
Anggota bomba gendong pendaki cedera, bawa turun bukit
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang berjaya membawa turun seorang wanita yang cedera selepas mendaki Gunung Jasar, hari ini. - Foto JBPM
CAMERON HIGHLANDS: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang berjaya membawa turun seorang wanita yang cedera selepas mendaki Gunung Jasar, di sini, hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.40 petang, dan seramai tujuh anggota termasuk seorang pegawai bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, mangsa mengalami kecederaan di kaki, sekali gus menyukarkan pergerakan semasa mendaki gunung itu di kawasan Jungle Trail 10.
"Seramai lima orang yang mendaki Gunung Jasar itu. Tetapi seorang daripada mereka cedera. Manakala tiga pendaki wanita dan seorang lelaki yang lain selamat.
"Pasukan bomba telah bertindak menggendong mangsa yang cedera selain menggunakan pengusung," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya lagi, semua mangsa berjaya dibawa turun, dan mangsa yang cedera telah di hantar ke Hospital Tanah Rata untuk rawatan.
Topic Berkaitan
#anggota bomba
#gendong
#pendaki cedera
#JBPM Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan