NATIONAL
Anggota FRU maut kemalangan: Pemandu lori pasir ditahan, negatif dadah - Polis

Ujian saringan mendapati pemandu berusia 40-an itu negatif dadah, dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
-Bernama
TELUK INTAN: Pemandu lori pasir yang terlibat dalam nahas mengorbankan sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini hari ini, telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Ringkasan AI
- Pemandu lori pasir yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Chikus-Sungai Lampam telah ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987; ujian saringan mendapati dia negatif dadah.
- Nahas berlaku pada jam 8.50 pagi melibatkan lori muatan pasir dan trak FRU yang membawa 15 anggota; sembilan anggota FRU maut, dua cedera parah, dan punca awal dikaitkan dengan kegagalan fungsi stereng lori.
- Bedah siasat dijalankan pada petang hari kejadian, dan jenazah beragama Islam disolatkan di surau IPD Hilir Perak sebelum dibawa ke Balai Polis Sungai Senam untuk penghormatan terakhir; orang awam diminta tampil membantu siasatan.
Terdahulu, sembilan anggota FRU maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori muatan pasir dengan sebuah kenderaan FRU yang dinaiki 15 anggota di Jalan Chikus-Sungai Lampam pada 8.50 pagi.
Dalam kejadian itu lapan mangsa maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan.
Beliau berkata mangsa yang cedera parah masih dirawat di Zon Merah Hospital Teluk Intan.
"Kesemua yang maut berusia 40-an terdiri daripada tujuh anggota beragama Islam dan dua bukan Islam. Identiti semua mangsa akan dimaklumkan selepas bedah siasat," katanya.
Bakri berkata mayat semua mangsa dibedah siasat pada 2.30 petang ini dan bagi jenazah beragama Islam akan disolatkan di surau Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, sebelum kesemuanya dibawa ke Balai Polis Sungai Senam Ipoh untuk upacara penghormatan terakhir.
Beliau turut menyeru orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kemalangan itu tampil membantu siasatan.
Dalam pada itu, beliau sekali lagi menegaskan setakat ini hanya sembilan mangsa maut dalam kemalangan tersebut bukan 10 orang seperti tular di media sosial, dan punca kemalangan juga masih dalam siasatan.
Terdahulu dalam kenyataan, siasatan awal mendapati kegagalan fungsi stereng dipercayai menjadi punca lori membawa muatan pasir itu batu merempuh bahagian hadapan lori FRU.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami