awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota FRU maut kemalangan: PM Anwar mahu siasatan menyeluruh, bantu mangsa dan keluarga

Bernama
Bernama
13/05/2025
06:45 MYT
Anggota FRU maut kemalangan: PM Anwar mahu siasatan menyeluruh, bantu mangsa dan keluarga
Anwar (foto) mengucapkan takziah kepada keluarga semua anggota FRU yang terkorban dalam nahas tersebut. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kemalangan jalan raya membabitkan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan berhubung kemalangan maut melibatkan trak FRU di Teluk Intan, Perak.
  • Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga anggota yang terkorban dan mendoakan kesembuhan segera bagi yang cedera.
  • Kemalangan tersebut mengorbankan sembilan anggota FRU dan mencederakan dua yang lain selepas trak mereka bertembung dengan sebuah lori.

Menerusi hantaran di X hari ini, beliau juga menyeru supaya bantuan sewajarnya disalurkan kepada mangsa dan ahli keluarga yang terlibat.
Salam takziah diucapkan kepada keluarga anggota-anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Teluk Intan, pagi tadi. Saya turut mendoakan agar kesemua yang cedera dalam insiden ini diberikan kesembuhan sesegera mungkin selain https://t.co/TxETJoJxYW
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) May 13, 2025
Beliau juga mengucapkan takziah kepada keluarga semua anggota FRU yang terkorban dalam nahas tersebut.
"Saya turut mendoakan agar kesemua yang cedera dalam insiden ini diberikan kesembuhan sesegera mungkin selain dipermudahkan segala urusan," katanya.
Sembilan anggota FRU maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan trak pasukan keselamatan itu dengan sebuah lori di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan pagi tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#anggota FRU maut kemalangan
#Jalan Chikus-Sungai Lampam
#Pasukan Simpanan Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan