awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Remaja OKU dituduh bunuh lelaki warga emas
MALAYSIA
Guru wanita rugi RM890,000, ditipu sindiket 'phone scam'
BISNES
Jiwa SME 2025: Lebih 3,000 meriahkan Ipoh, Pentagon Math juara ‘Pentas Jual’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Anggota FRU maut kemalangan: Suasana sedih selubungi Unit Forensik Hospital Teluk Intan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/05/2025
06:46 MYT
Anggota FRU maut kemalangan: Suasana sedih selubungi Unit Forensik Hospital Teluk Intan
Antara ahli keluarga serta rakan mangsa yang hadir di perkarangan Unit Forensik Hospital Teluk Intan. - Astro AWANI
TELUK INTAN: Suasana sugul menyelubungi pekarangan Unit Forensik Hospital Teluk Intan, apabila semakin ramai ahli keluarga serta rakan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan pagi tadi, tiba untuk menunggu proses bedah siasat.
Tinjauan Astro AWANI mendapati, ada antara mereka kelihatan menitiskan air mata malah ada juga yang meratapi pemergian insan tersayang secara tiba-tiba.
Selain itu, ramai juga dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan cuba menenangkan antara satu sama lain.
Setakat 1:15 petang hanya 9 kematian direkodkan - ACP Bakri
Turut hadir Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komusioner Bakri Zainal Abidin, yang mengesahkan setakat ini sembilan anggota FRU terkorban dalam tragedi menyayat hati itu.
Beliau turut mengesahkan lokasi kejadian itu bukanlah kawasan 'hotspot' kemalangan.
Sementara itu, pengurusan Hospital Teluk Intan dilihat menyediakan khemah khas untuk memberi keselesaan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa, yang hadir menunggu proses bedah siasat.
Difahamkan proses bedah siasat bermula sekitar jam 2.30 petang dan dijangka berakhir pada sebelah malam kerana melibatkan ramai mangsa.
Dalam kemalangan itu, lapan anggota FRU meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Teluk Intan.
Nahas itu melibatkan trak membawa 18 anggota FRU dengan sebuah lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, kira-kira jam 8 pagi tadi.
Topic Berkaitan
#nahas FRU
#kemalangan maut
#angka korban
#ahli keluarga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami