awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis cedera dalam kes rempuhan lori kontena kini stabil

Bernama
Bernama
29/06/2023
06:43 MYT
Anggota polis cedera dalam kes rempuhan lori kontena kini stabil
Mohd Yusri (foto) berkata anggota polis berusia 23 tahun dan berasal dari Sarawak itu dibenarkan keluar dari hospital dan diberi cuti rehat. -Gambar fail/Bernama
IPOH: Anggota polis lelaki yang cedera susulan pagar dan pos pengawal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah dirempuh sebuah lori kontena, awal pagi semalam, berada dalam keadaan stabil.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata anggota polis berusia 23 tahun dan berasal dari Sarawak itu dibenarkan keluar dari hospital dan diberi cuti rehat.
Menurut Mohd Yusri beliau telah melawat anggota berkenaan semalam dan mendapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius serta mendapat pelepasan daripada Hospital Tapah untuk berehat.
Beliau juga telah melawat IPD Tapah pada 10.30 pagi semalam bersama ketua-ketua jabatan bagi mengetahui keadaan rempuhan tersebut dan mendapati kerosakan yang agak serius di bahagian pagar serta pos pengawal.
"Saya telah mengarahkan pihak IPD Tapah untuk menyediakan laporan berkaitan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Raya Aidiladha peringkat IPD Ipoh yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan di sini hari ini.
Semalam, Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata dalam kejadian kira-kira 1.25 pagi itu, pemandu lori kontena berkenaan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Ipoh dengan membawa muatan kerusi meja, dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan lalu melanggar pagar utama dan pos pengawal IPD Tapah.
Beliau berkata akibat kemalangan itu, seorang anggota polis yang sedang bertugas di pos pengawal berkenaan mengalami patah satu gigi hadapan, luka pada bahagian mulut dan cedera tangan kiri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IPD Tapah
#dirempuh lori kontena
#pagar dan pos pengawal
#berada dalam keadaan stabil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan