awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis cedera ditoreh ketika berkas suspek ugut isteri

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
21/07/2020
09:53 MYT
Anggota polis cedera ditoreh ketika berkas suspek ugut isteri
Pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk mencederakan anggota polis yang cuba menahannya. -PDRM
Seorang anggota polis cedera ditoreh ketika bergelut dengan suspek kes keganasan rumah tangga di Balai Polis Kulim di sini pada Selasa.
Terdahulu dalam kejadian jam 10 pagi itu, lelaki berusia 42 tahun berkenaan datang ke balai polis untuk membuat laporan berkaitan isterinya tidak pulang ke rumah sejak 12 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim, berkata anggota polis yang bertugas di kaunter kemudian membuat semakan sebelum mendapati lelaki itu adalah orang dikehendaki.
"Dia dikehendaki berhubung kes ugutan yang dilaporkan oleh isterinya di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping pada 12 Julai lalu.
"Isterinya membuat laporan suspek mengugut untuk mencederakannya dengan kapak," katanya di sini pada Selasa.
Beliau berkata, suspek yang menyedari dia akan ditahan cuba melarikan diri namun dihalang anggota yang berada di balai pengawal di perkarangan balai berkenaan.
Katanya, suspek bergelut dengan anggota terbabit sebelum mengeluarkan pisau lipat dari poket seluarnya.
"Anggota polis itu kemudian cedera terkena tiga torehan di kepala dan badan. Bagaimanapun suspek berjaya ditahan," katanya.
Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai dua rekod kesalahan berkaitan dadah dan ugutan jenayah.
Topic Berkaitan
#anggota
#cedera
#Dadah
#ditoreh
#isteri
#jenayah
#keganasan rumah tangga
#larikan diri
#mencederakan
#polis
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan