SHAH ALAM: Polis Selangor mengesahkan individu yang ditemukan maut dipercayai akibat dipukul di Taman Impian Indah, Kajang hari ini merupakan seorang anggota polis.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa yang ditemukan sekitar 3 pagi tadi itu berkhidmat dengan Kontinjen Kuala Lumpur.
"Polis sedang menjejak sekumpulan lelaki yang berada di lokasi semasa kejadian dan disyaki menyebabkan kematian mangsa.
"Kes masih dalam siasatan dan kita juga belum mengenai pasti mana-mana suspek," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Jelajah Bubur Lambuk 2024 di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Hussein berkata proses bedah siasat sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.
Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dipukul orang awam kerana bertindak kasar terhadap isterinya ketika bertengkar.
Mengenai Hari Bertemu Pelanggan Polis Kontinjen Selangor, Hussein berkata secara keseluruhan seramai 217 orang hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berdekatan untuk mengutarakan pelbagai isu yang memerlukan perhatian pihak polis.
Beliau berkata antara isu dibangkitkan ialah aktiviti lumba haram, kebanjiran pendatang asing tanpa izin selain memohon rondaan di kawasan perumahan ditingkatkan serta maklumat berkaitan sarang penagih dadah di kawasan berkenaan.
Beliau berkata IPD Sungai Buloh dan Klang Selatan merupakan antara balai yang mencatatkan rekod kehadiran pengunjung teramai.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2024
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa yang ditemukan sekitar 3 pagi tadi itu berkhidmat dengan Kontinjen Kuala Lumpur. - Gambar fail
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Anggota polis maut dipercayai dipukul
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa yang ditemukan sekitar 3 pagi tadi itu berkhidmat dengan Kontinjen Kuala Lumpur.
Jururawat, anggota polis maut motosikal bertembung di Jalan Sardon
Seorang anggota polis dan jururawat meninggal dunia dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggangi mereka bertembung di Jalan Tun Sardon , Pulau Pinang.
Polis Kedah buru saki baki suspek kejadian berbalas tembakan di Gurun
Polis Kedah sedang melakukan operasi memburu saki baki suspek dalam kejadian tembak menembak di Jalan Jeniang-Kalai, dekat Gurun.
Anggota polis antara 2 maut nahas empat kenderaan di Pagoh
Nahas melibatkan sebuah kereta Proton Wira, sebuah lori kontena jenis Hino membawa muatan air kotak, dua treler masing-masing sepanjang 12 meter membawa muatan besi dan kayu palet.
Anggota polis maut kemalangan dalam perjalanan hantar keluarga balik kampung
Koperal Ahmad Ibrahim ambil cuti dua hari hantar keluarga balik kampung sambut raya sebelum kembali semula ke Klang untuk bertugas.
Kereta terbabas, pegawai polis maut kemalangan di NKVE
Mangsa yang memandu kenderaan pacuan empat roda dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan.
Anggota polis maut dilanggar bas
Ketika tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai cuba memotong kenderaan yang sesak dan melanggar sebuah motosikal lain di hadapan.
Anggota polis ditemui maut dalam kereta, dipercayai tembak diri sendiri
Seorang anggota polis maut selepas dipercayai menembak diri sendiri dalam kejadian di Jalan Abdullah, Muar pada Ahad pagi.
Suspek himpit motosikal anggota polis hingga sebabkan kematian direman 7 hari
Perintah tahanan reman selama tujuh hari dikeluarkan Pegawai Pendaftar Mahkamah Majistret George Town Khalijah Mohd Khalid pagi tadi.
Anggota polis maut motosikal dihimpit hingga terbabas, suspek ditahan
Suspek didakwa menghimpit motosikal anggota polis terbabit hingga menyebabkan mangsa terbabas dan meninggal dunia.