awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis maut dipukul ketika Ops Cantas Khas

Astro Awani
Astro Awani
23/09/2013
05:22 MYT
Anggota polis maut dipukul ketika Ops Cantas Khas
Seorang anggota polis telah maut dipukul oleh penjenayah ketika menjalankan tugas dalam sebuah operasi Ops Cantas Khas di Melaka pagi tadi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan bahawa mangsa telah dipukul selepas menahan sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki sekitar jam 9.30 pagi.
Dua daripada mereka telah ditahan, manakala seorang lagi telah melarikan diri dan kemudiannya dikejar oleh mangsa.
Satu pergelutan turut berlaku di antana anggota polis tersebut dengan suspek di mana selepas itu mangsa telah dihentak dengan batu di kepala dan disahkan meninggal.
Suspek yang sekali lagi melarikan diri bagaimanapun telah ditahan di sekitar kawasan Kerubung kira-kira jam 10 pagi tadi.
Pada bulan lalu, satu operasi besar-besaran yang dinamakan Operasi Cantas Khas (Ops Cantas) telah dilancarkan di seluruh negara oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memerangi individu atau suspek jenayah.
Menurut polis, operasi membabitkan sekatan jalan raya, pemeriksaan premis perniagaan dan kediaman.
Operasi tersebut turut mengesan bekas banduan yang pernah ditahan mengikut Akta Ordinan Darurat (EO) yang disyaki aktif semula dalam kegiatan jenayah.
Polis juga menyerbu tempat persembunyian dan sarang kumpulan kongsi gelap yang telah dikenalpasti berdasarkan risikan serta maklumat orang ramai.
Topic Berkaitan
#anggota polis
#Batu
#dihentak
#dipukul
#maut
#Melaka
#Ops Cantas Khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan