awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
Lelaki ditahan disyaki mengamuk, cederakan ahli keluarga di Bandar Baru Putra
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis maut kemalangan di Jambatan Pulau Pinang

Astro Awani
Astro Awani
30/01/2017
08:47 MYT
Anggota polis maut kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang anggota polis maut selepas motosikal ditungangnya merempuh sebuah kereta di kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang. - Gambar PDRM
Seorang anggota polis maut selepas motosikal ditungangnya merempuh sebuah kereta di kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Seberang Perai pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, Koperal Hasni Hassan, 53 meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, SPT Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, anggota terbabit baru pulang dari tempat kerja di Balai Polis Bayan Lepas dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seberang Jaya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
Sementara itu, pemandu wanita berusia 44 tahun dan penumpang berusia 13 tahun selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#Hospital Seberang Jaya
#Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid
#polis
#Seberang Perai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan