awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amnesty International desak UK jangan tarik balik sekatan lesen eksport senjata ke Israel
AstroBIZ: X Society manfaatkan Astro BizOne di tengah kesibukan kota
Letupan di Selatan Thailand: KPDN tingkat pemantauan stesen minyak di sempadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis maut kemalangan di Jambatan Pulau Pinang

Bernama
Bernama
08/11/2022
03:50 MYT
Anggota polis maut kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seluruh warga PDRM Kontinjen Pulau Pinang menzahirkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Abu Talib.
BUTTERWORTH: Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan petugas Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (PROPEL) di Jambatan Pulau Pinang, di sini, tengah malam tadi.
Dalam kejadian pada 12.48 tengah malam itu, Koperal Abu Talib Sarif, 33, yang baru pulang daripada menjalankan Op Cantas di Seberang Perai Tengah (SPT) maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.
Mayat telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
Menurut kenyataan di laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang, Koperal Abu Talib bertugas di Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Kontijen Pulau Pinang.
"Seluruh warga PDRM Kontinjen Pulau Pinang menzahirkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Abu Talib dan mayatnya dijangka dikebumikan selepas solat Zohor di Sungai Petani, Kedah," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Jambatan Pulau Pinang
#polis maut
#kenderaan petugas PROPEL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan