IPOH: Beberapa anggota polis di Perak dikesan terbabit dengan penyalahgunaan dadah walaupun ada antara mereka pernah ditahan sebelum ini atas kesalahan tersebut, kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.
Katanya, perbuatan tersebut dikesan apabila beberapa anggota didapati gagal dalam ujian awal saringan air kencing yang dilakukan secara mengejut pada Rabu.
"Kita akan mengambil tindakan tegas kerana ada antara mereka yang pernah gagal (positif dadah) dan pernah dituduh di mahkamah tetapi mahkamah telah membebaskan mereka," katanya tanpa mendedahkan jumlah sebenar anggota tersebut.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2022 Peringkat Kontinjen Perak yang turut dihadiri legenda rock negara, Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman di sebuah pasar raya, di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Mior Faridalathrash berkata mereka yang ditahan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan berdepan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Difahamkan, beberapa anggota gagal dalam ujian awal saringan air kencing yang dilakukan secara mengejut semasa Latihan Dalam Perkhidmatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
Terdahulu, Mior Faridalathrash, dalam ucapannya, berkata berdasarkan statistik, kes jenayah penipuan dalam talian mencatatkan jumlah kes lebih tinggi berbanding jenayah komersial yang lain.
Beliau berkata secara keseluruhan sejumlah 1,094 kes jenayah komersial direkodkan sepanjang enam bulan pertama tahun ini manakala sebanyak 2,021 kes direkodkan pada tahun lepas dan sejumlah 1,919 kes dicatatkan pada tahun 2020.
Menurut beliau dalam usaha untuk mengekang peningkatan jumlah kes tersebut, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) telah mengambil pelbagai tindakan penguatkuasan, pembanterasan dan pencegahan.
Beliau berkata pelbagai aktiviti dan program diadakan pada kempen Anti-Scam PDRM 2022 dengan JSJK mempromosikan penggunaan CCID Scam Response Center, CCID Infoline dan portal https://semakmule.rmp.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 21 2022
Mior Faridalathrash (dua, kanan) bersama Awie (tiga, kiri) melancarkan Kempen Anti-Scam PDRM Peringkat Kontinjen Perak 2022 di AEON Kinta City, Ipoh, 21 Julai 2022. Turut sama, pelakon dan pelawak Saiful Apek (dua, kiri). --fotoBERNAMA
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Anggota polis Perak dikesan terbabit dengan penyalahgunaan dadah
Beberapa anggota didapati gagal dalam ujian awal saringan air kencing yang dilakukan secara mengejut pada Rabu.