awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis wanita antara lima ditahan dalam operasi maksiat

Sinar Harian
Sinar Harian
07/04/2022
22:40 MYT
Anggota polis wanita antara lima ditahan dalam operasi maksiat
Anggota polis wanita (dua dari kanan) dan rakan suspek wanita (dua dari kiri) dikawal polis bagi mendapatkan perintah reman di Mahkamah Kota Bharu pada Khamis. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Lima termasuk seorang anggota polis wanita berpangkat Lans Koperal ditahan ketika operasi maksiat yang turut membongkar penemuan mercun dan bunga api bernilai RM5,000 serta air ketum di sebuah rumah di Kubang Kerian di sini pada Khamis.
Serbuan dilakukan oleh pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu bersama penguat kuasa dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) pada jam 5.47 pagi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia 20-an hingga 30-an.
“Pemeriksaan di dalam rumah ada dua lelaki dan tiga perempuan termasuk seorang anggota polis wanita yang berusia 30 tahun.
“Pemeriksaan lanjut menjumpai pelbagai jenis mercun dan bunga api iaitu kotak happy boom (23), pek magic shoot (20), kotak crackers ball (lima), bungkus mercun bola (18) dan kotak mercun pelbagai jenis (50) yang keseluruhan dianggarkan bernilai RM5,000,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut, lokasi serbuan adalah rumah yang didiami oleh anggota polis perempuan tersebut dan kesemua barangan dirampas di rumah terbabit.
“Turut dirampas sebungkus plastik mengandungi cecair dipercayai air ketum di dalam peti sejuk di rumah tempat kejadian.
“Hasil soal siasat awal, kawan lelaki anggota polis tersebut mengaku bahawa mercun dan bunga api yang dirampas dibeli di Rantau Panjang, Kelantan untuk pasaran runcit dan disimpan sementara di rumah anggota tersebut bersama air ketum tersebut,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.
Beliau berkata, siasatan turut dilakukan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kelantan oleh pihak Jaheaik.
“Anggota berkenaan ditahan reman selama dua hari manakala mereka yang lain sehari bagi membantu siasatan,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mahkamah Kota Bharu
#lans koperal
#mercun dan bunga api
#JAHEAIK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan