KUALA LUMPUR: Seramai 427 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan susulan negeri-negeri di utara Semenanjung dijangka mengalami angin baratan yang berpotensi menghasilkan ribut petir beserta hujan lebat dan angin kencang.
Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed, berkata bagi berdepan cuaca itu yang dijangka berlaku sehingga Rabu ini, para petugas akan digerakkan setiap hari bagi memantau lokasi titik panas (hotspot) dan kawasan yang mungkin berlaku runtuhan, kenaikan air dan sebagainya.
"Saya merancang untuk minta mereka melihat kemungkinan pokok tumbang disebabkan angin kencang. Sekiranya ada kita akan maklumkan kepada pihak berkenaan seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengambil tindakan," katanya kepada Bernama.
MetMalaysia, menerusi kenyataan yang dikeluarkan 9 pagi tadi, memaklumkan keadaan tersebut sehingga Rabu ini turut termasuk Kelantan dan Terengganu.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Wahab Mat Yasin, berkata pihaknya turut mengambil langkah bersiap siaga termasuk membuat persediaan lebih rapi dengan melakukan rondaan lebih kerap terutama di kawasan pantai yang dijangka berlaku luruhan angin.
Bercakap kepada Bernama, beliau berkata, pihaknya sentiasa bersedia 24 jam dan melakukan pemantauan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti berpotensi dilanda bencana, selain turut sentiasa melakukan semakan dengan MetMalaysia berhubung situasi semasa keadaan cuaca seluruh negara.
"JBPM akan melakukan rondaan melalui Safety Water and Rescue Team (SWART) di sebelah Pantai Timur untuk memastikan dan memberikan ingatan kepada orang ramai agar tidak mengunjungi kawasan pantai dan melakukan apa jua aktiviti termasuk bermandi-manda manakala masyarakat nelayan tidak turun ke laut," katanya.
Berdasarkan tinjauan Bernama di negeri-negeri terlibat, ramai yang sedar dengan perubahan cuaca dan telah membuat persediaan dengan sendiri.
Di KEDAH, sedar dengan keadaan cuaca hujan dan angin kencang yang berlaku sejak beberapa hari lalu, Mazlan Abu Bakar, 61, dari Kampung Alor Serdang, Alor Setar mengambil keputusan membatalkan hasrat keluar memancing di Kuala Sala, dekat Kuala Kedah kerana bimbang dengan keselamatan.
"Setiap hari saya buka laman media sosial MetMalaysia untuk lihat ramalan cuaca...difahamkan keadaan hujan lebat dan angin kencang ini akan berterusan lagi beberapa hari, jadi kami buat keputusan untuk batalkan perjalanan memancing yang sudah dirancang sejak lebih seminggu lalu," katanya kepada Bernama.
Di KELANTAN, kebanyakan penduduk di sekitar jajahan Pasir Puteh mengambil pendekatan menebang pokok yang hampir dengan kediaman sebagai persiapan menghadapi kejadian ribut petir, sejak seminggu lepas.
Antaranya, penduduk Kampung Bukit Abal, Azman Ismail, 36, berkata kerja-kerja menebang itu dilakukan bagi mengelak pokok menghempap kediaman apabila berlaku ribut.
Di TERENGGANU, seorang nelayan dari Kampung Pangkalan Maras, Nik Mohd Hasni Chik, 54, berkata sebagai penduduk di kawasan pinggir pantai, dia sentiasa peka dan mengikuti perkembangan cuaca di laman web Met Malaysia.
"Walaupun musim tengkujuh sudah berlalu, kami kena sentiasa peka dengan amaran cuaca. Tetapi kami tetap akan ke laut pada sebelah pagi dan pulang tengah hari, tidak ada masalah kerana amaran itu pada sebelah petang," katanya.
Di PULAU PINANG, seorang penduduk di Kampung Kijang Bukit Mertajam, R. Emily, 64, berkata beliau sedar dengan perubahan cuaca dan akan membuat persiapan diperlukan bagi menghadapi sebarang kemungkinan memandangkan beliau tinggal di kawasan yang selalu berlakunya banjir.
"Sekarang saya sudah tahu pasal ini dan saya akan membuat persediaan dan persiapan yang diperlukan. Pertama sekali, saya akan meletakkan dokumen-dokumen penting di tempat yang selamat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 01 2023
Aminurrahim berkata bagi berdepan cuaca itu yang dijangka berlaku sehingga Rabu ini, para petugas akan digerakkan setiap hari bagi memantau lokasi hotspot dan kawasan yang mungkin berlaku runtuhan, kenaikan air dan sebagainya. - Gambar fail
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
Korea Selatan sasar kerjasama ketenteraan dengan Malaysia naik taraf K200 IFV
Korea Selatan menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menaik taraf armada Kenderaan Tempur Infantri K200 (IFV).
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Kata Amirudin, pembangkang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Sarawak sasar juara keseluruhan Sukma XXI di Bumi Kenyalang
Abang Johari berkata, 9,927 atlet terpilih membawa cabaran Sarawak pada temasya dwitahunan itu harus tetapkan matlamat untuk capai kejayaan.
Serangan Rafah: Rakyat Palestin ratapi pemergian orang tersayang
Penduduk Palestin mengadakan solat jenazah untuk mereka yang terkorban di Rafah pada Khamis, ketika Israel meneruskan serangan di selatan Gaza.
Dana pilihan raya India: Modi dan Gandhi saling menuduh
Ambani dan Adani tidak memberi sebarang komen tentang siapa yang disokong dalam pilihan raya, manakala kedua-dua Modi dan Gandhi tidak mengemukakan sebarang bukti terhadap dakwaan mereka.
Bomba siap siaga anggota, logistik hadapi angin baratan
Seramai 4,169 pegawai dan anggota telah bersiap sedia di negeri yang terlibat mulai 1 hingga 5 Julai ini.
Angin baratan: Lebih 400 anggota APM sedia hadapi sebarang kemungkinan
Para petugas akan digerakkan setiap hari bagi memantau lokasi hotspot dan kawasan yang mungkin berlaku runtuhan, kenaikan air dan sebagainya.