HAMBURG/BERLIN: Jumlah serangan lanun di lautan dunia jatuh ke paras terendah dalam tempoh 30 tahun pada awal 2023, menurut data daripada Biro Maritim Antarabangsa (IMB).
Menurut data itu, terdapat 27 serangan lanun dan rompakan bersenjata ke atas kapal antara Januari dan Mac, berbanding 37 kejadian dalam tempoh yang sama tahun lalu, lapor agensi berita Jerman dpa.
Dua puluh lima kapal dinaiki lanun, kata biro itu yang merupakan sebahagian daripada Dewan Perniagaan Antarabangsa (ICC), pada Rabu. Ini adalah jumlah insiden kegiatan lanun paling rendah yang dilaporkan sejak 1993.
"Hampir 85 peratus perdagangan antarabangsa dijalankan melalui laut," kata Setiausaha Agung ICC Jerman Oliver Wieck.
"Kerjasama antarabangsa yang diselaraskan untuk memerangi rompakan lanun penting untuk menjalankan perdagangan global.
"Angka terkini adalah menggalakkan, tetapi tidak ada sebab untuk berleka. Bagi memastikan perlindungan terhadap lanun maritim dalam jangka panjang dan mampan, kita mesti terus tingkatkan kerjasama global."
Walaupun angkanya menurun, Pusat Pelaporan Cetak Rompak (PRC) IMB memberi amaran bahawa potensi keganasan oleh penjenayah di laut masih tinggi. Enam anak kapal diculik, dua dijadikan tebusan, dua diancam dan seorang diserang," kata PRC.
Akibatnya, agensi perlindungan pantai dan angkatan laut antarabangsa mesti meneruskan operasi mereka di kawasan yang terjejas.
Teluk Guinea, Selat Singapura dan Amerika Selatan adalah antara kawasan tumpuan lanun maritim.
"Keadaan masih kritikal di pelabuhan Callao di Peru. Terdapat lima insiden yang dilaporkan di sana pada suku pertama 2023, jumlah yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya," katanya.
--BERNAMA-dpa
TAG: Serangan lanun, lautan dunia, rendah dalam tempoh 30 tahun, biro maritim antarabangsa
Bernama
Thu Apr 20 2023
Menurut data Biro Maritim Antarabangsa, 27 serangan lanun dan rompakan bersenjata ke atas kapal berlaku antara Januari dan Mac 2023. - Foto IMB
Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.
Filem 'Seindah Tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
Penghasilan filem bertajuk 'Linundus Do Koubasanan' (Seindah Tradisi) menjadi platform kepada PETRONAS untuk rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia lebih mengenali budaya serta tradisi suku kaum di Sabah.
Sabah sasar pasaran Timur Tengah
Sabah kini mensasarkan pasaran Timur Tengah dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri inI selepas Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyertai pameran perdagangan pelancongan yang diadakan di Dubai.
15 jentera bomba kompak bersaiz kecil diagihkan kepada Sarawak
Sejumlah 15 jentera bomba kompak (CFRT) bersaiz kecil yang berupaya bergerak ke kawasan pedalaman dan terpencik akan diagihkan kepada Sarawak tahun ini.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Tentera India selamatkan kapal nelayan Iran yang dirampas lanun
Tentera India dalam satu kenyataan berkata kesemua anak kapal selamat tanpa sebarang kecederaan.
Tentera Laut India tahan 35 lanun, selamatkan 17 kru kapal kargo
Tentera Laut India berjaya menyelamatkan 17 kru kapal kargo pukal MV Ruen dan menahan kesemua 35 lanun yang merampas kapal itu.
Lanun rampas kapal kargo Bangladesh di Lautan Hindi
Lanun merampas sebuah kapal kargo Bangladesh di Lautan Hindi pada Selasa dan menjadikan kesemua 23 kru sebagai tebusan.
Selat Singapura tumpuan lanun
Menurut laporan ReCAAP, sekurang-kurangnya 38 kes rompakan bersenjata dilaporkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Angka serangan lanun paling rendah dalam tempoh 30 tahun pada awal tahun 2023
Bagi memastikan perlindungan terhadap lanun maritim dalam jangka panjang dan mampan, kerjasama global perlu terus ditingkatkan.
Perisian tidak sah: 'Beli daripada pihak sepatutnya, bukan daripada lanun' - Michael Ang
Lanun dapat untung, penggiat seni pula macam mana?
Lanun penyelidik asing terus 'merogol' hasil hutan negara
Tiada deskripsi am yang boleh diberikan melainkan golongan ini amat licik, tidak menghormati undang-undang negara.
Keselamatan perairan Sabah masih perlu diberi perhatian, kata IMB
Namun, IMB dalam laporan tahunannya mendedahkan bahawa Teluk Guinea berdepan ancaman lanun terburuk dan semakin berbahaya bagi pelaut sepanjang tahun lalu.
Wahai warga dunia, ketahuilah saya dan suami 'hantu lanun' sudah berpisah
Seorang wanita yang mengaku berkahwin dengan hantu lanun berusia 300 tahun pada Januari lalu, telah mengumumkan perpisahan mereka di Twitter.
Tiada mana-mana pihak jadi sasaran lanun - Penerbit filem PASKAL
Pihak berkuasa sentiasa memastikan penggambaran dijalankan dalam keadaan yang sesuai dan selamat.