PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tan Sri Annuar Musa dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian pada pukul 8.40 pagi tadi.

Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO, 61, ditempatkan di wad rawatan rapi jantung, CCU hospital berkenaan.

Anak saudara Anggota Parlimen Ketereh itu memaklumkan beliau mengalami tekanan darah tinggi malam tadi.

Annuar dibawa ke hospital selepas muntah dan mengadu sakit dada.

Doktor yang merawatnya memaklumkan Annuar kini dalam keadaan stabil.