Tan Sri Annuar Musa berkata tindakannya melepaskan semua jawatan dalam persatuan bola sepak bukan kerana mengalah tetapi sebalik mahu melawan secara habis-habisan.
Katanya beliau mahu memulakan perjuangan baharu dalam membangunkan bola sepak negara terutama pasukan Liga Super Kelantan, 'The Red Warriors' (TRW).
"Saya meletak jawatan untuk melawan secara habis-habisan...bukannya kerana saya sudah mengaku kalah," katanya semasa berucap dalam majlis pelancaran 'The Red Warriors The Movie' di sini Isnin.
"Walaupun sudah meletak jawatan tapi sekarang saya mahu teruskan aktiviti bola sepak Malaysia sebagai individu di luar organisasi bola sepak negara," katanya.
Jumaat lepas, Ahli Parlimen Ketereh itu membuat keputusan melepaskan semua jawatan dalam persatuan bola sepak termasuk jawatan Presiden Persatuan Bola sepak Kelantan (KAFA) berkuat kuasa serta-merta.
Beliau turut akan melepaskan jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bermula dari tempoh penggantungan beliau sejak 4 April 2012 selain menarik diri daripada mengganggotai Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara bagi memastikan FAM mempunyai wakil dalam jawatankuasa berkenaan.
Ditanya kemungkinan beliau akan kembali semula ke pangkuan KAFA atau FAM selepas tempoh penggangtungannya tamat Oktober tahun depan, Annuar berkata: " KAFA akan buat pemilihan selepas bulan Oktober, kalau dipilih tidak ada masalah...tapi itu terpulang kepada ahli gabungan KAFA."
"Pemilihan bagi FAM pula adalah sebelum penggantungan saya tamat. Masa itu saya masih dalam penggantungan dan jika diberi pengampunan saya nak menawarkan diri dalam FAM," katanya.
Beliau berkata walaupun sudah tidak mempunyai jawatan dalam organisasi bola sepak negara dan KAFA namun beliau akan terus menyokong perkembangan pasukan bola sepak itu.
FAM mengenakan hukuman penggantungan selama dua tahun setengah terhadap Annuar pada April 2012 kerana mengeluarkan kenyataan akhbar yang berunsur negatif terhadap skuad kebangsaan, sekali gus melanggar Artikel 88 Statut FAM.
Pada majlis itu, beliau menyumbangkan RM1.2 juta kepada KAFA, yang akan membuka cawangan baharu TRW Cafe di Jalan Tun Abdul Rahman di ibu negara dalam masa terdekat bagi meluaskan sayap Kelab Penyokong TRW itu.
Annuar juga turut mengumumkan mengenai cadangan projek Akademi Bola Sepak TRW di Melaka yang akan dilengkapi dengan 10 buah padang bola.
Turut hadir pada majlis pelancaran berkenaan ialah penjaga gol TRW, Khairul Fahmi Che Mat.