Biarpun belum ada sebarang vaksin untuk merawat demam denggi namun beberapa saintis negara telah berjaya menemui anti virus bagi penyakit berkenaan.
Hasil penemuan mendapati anti virus yang diperbuat daripada ekstrak herba dari China, Huang Qin terbukti mampu mengurangkan kadar replikasi virus denggi sehingga lebih 70%.
Huang Qin atau nama saintifik Scutellaria Baicalensis sering digunakan dalam perubatan tradisional cina untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
Penemuan itu dilakukan pakar denggi Prof Dr Sazaly Abu Bakar dan saintis-saintis lain di Universiti Malaya.
Herba itu dikatakan boleh menghasilkan molekul asas dipanggil Baicalein yang dapat mengurangkan replikasi virus denggi.
"Herba cina ini mengandungi kompaun Baicalein yang kita buktikan dia boleh turun kadar replikasi virus denggi ini. Kami telah memikirkan bagaimana cara bangunkan produk supaya boleh digunakan. Kami tidak bertujuan menggunakan untuk rawatan denggi kerana tiada bukti ia boleh merawat denggi tetapi sekurang-kurangnya mengurangkan replikasi denggi ini." kata Prof Dr Sazaly.
Beliau juga berharap produk itu dapat dipasarkan sebagai makanan berfungsi dan boleh diambil seperti pil vitamin.
Flavonoid merupakan ekstrak daripada tumbuh-tumbuhan dipercayai mempunyai manfaat perubatan dan fungsi antioksidan.
Bagaimanapun sehingga kini masih tiada penawar untuk merawat demam denggi.
Sehingga vaksin berkesan ditemui, pelbagai langkah perlu diambil untuk mengelak daripada dijangkiti wabak denggi.
Tan Su Lin
Thu Mar 06 2014


AS & Kanada komited tentang rejim autoritarian
Amerika Syarikat dan Kanada ikrar akan bersama menentang rejim authoritarian.

Biden sahkan China tidak bekal senjata kepada Rusia
Presiden Joe Biden sahkan China tidak membekalkan senjata kepada Rusia, untuk operasi ketenteraan negara itu di Ukraine.

Rangka manusia ditemui terdampar tepi sungai
Mayat tanpa identiti tersebut didapati berada di tepi sungai di mana jarak antara sungai dengan mayat dijumpai kira-kira 1.8 meter.

Masalah gangguan bekalan air, apa penyelesaian?

Penumpang Prasarana cecah sejuta sehari
Jumlah penumpang perkhidmatan Prasarana mencecah sejuta sehari. Ia termasuk penggunaan perkhidmatan Rapid Bus dan MRT laluan Putrajaya.

Ibrahimovic pecah rekod Euro
Zlatan Ibrahimovic menjadi pemain kedua tertua beraksi dalam kelayakan kejohanan Eropah pada usia 41 tahun.

"Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak..." - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan
Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia dan rakan-rakannya sudah mempunyai perancangan untuk menunaikan solat tarawih di masjid berlainan.

Puteri Sarah berlakon drama poligami, netizen sifatkan seakan kehidupan sebenar
Sarah memuat naik gambarnya bersama dua pelakon yang terlibat dalam drama berkenaan iaitu Daniella Sya dan Aida Khalida.

AWANI Ringkas: Kerja pembaikan paip pecah selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS
Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS

Kempen perangi wabak denggi 2014: Apakah peranan anda?
Lebih 2.5 bilion orang, merangkumi lebih daripada 40 % daripada penduduk dunia kini, berisiko tinggi menghidapi demam denggi. Kempen perangi denggi berleluasa namun jumlah kes semakin meningkat

Demam denggi menurun kepada 1,300 kes minggu lepas - Subramaniam
Penurunan sebanyak 1,200 kes itu berikutan pelbagai usaha Kementerian Kesihatan dalam mengawal pembiakan nyamuk Aedes terutama di kawasan berisiko.

Sembilan lagi kes kematian demam denggi dilapor minggu lepas
Kematian terbaru itu melibatkan enam wanita berumur antara 25 dan 54 tahun serta tiga lelaki berusia 36 dan 62 tahun serta pelajar berumur 15 tahun.

#CukupSetakatSamson cetus ilham gotong royong
Kempen perangi denggi #CukupSetakatSamson buka mata masyarakat yang selama ini memandang ringan mengenai wabak denggi.

Pusat penternakan nyamuk terbesar di Kuala Lumpur?
Sekiranya tidak ditangani dengan betul boleh memburukkan lagi usaha pihak berkuasa memerangi demam denggi yang semakin berleluasa sekarang.

Enggan 'buka pintu' punca kes denggi tinggi di KL, kata Datuk Bandar
Keengganan pihak pengurusan pangsapuri dan kondomium bagi membenarkan pihak penguasa DBKL masuk untuk memeriksa antara punca nyamuk merebak.

Undian: Apakah sumbangan anda terhadap usaha membanteras denggi?
Tumpuan #Awami745 malam ini memfokuskan kepada kaedah menghapuskan denggi secara kombi.

Cuaca panas, hujan sekejap-sekejap galakkan pembiakan nyamuk, kata pakar
Keadaan itu amat kondusif untuk nyamuk membiak dan larva pula dapat membesar di tempat pembiakan kerana tiada hujan lebat menghanyutkannya.

Gejala dan langkah pencegahan denggi
Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi yang disebar oleh nyamuk aedes betina.

Anti virus demam denggi ditemui
Ekstrak herba dari China, Huang Qin terbukti mampu mengurangkan kadar replikasi virus denggi sehingga lebih 70%.