awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar dan PM Jepun bincang isu global, kukuh kerjasama dua hala

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
16/04/2025
08:58 MYT
Anwar dan PM Jepun bincang isu global, kukuh kerjasama dua hala
Anwar antara lain menyatakan, Malaysia turut menghargai minat dan hasrat Jepun untuk bersama-sama membangunkan rangkaian ASEAN Power Grid. - Facebook Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA: Tarif timbal balik oleh Amerika Syarikat (AS) serta kesannya terhadap ekonomi global menjadi antara isu penting perbincangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatnya dari Jepun pada Rabu.
Dalam perbincangan telefon dengan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, sejurus selepas Istiadat Sambutan Negara Presiden China Xi Jinping pagi ini, Anwar menegaskan bahawa Malaysia bersama pemimpin ASEAN lain telah mengadakan perbincangan mengenai perkara tersebut dan menyatakan kesepakatan untuk meneruskan rundingan bersama AS.
“Malaysia turut menghargai minat dan hasrat Jepun untuk bersama-sama membangunkan rangkaian ASEAN Power Grid yang bakal memberi manfaat besar kepada kestabilan dan masa depan tenaga serantau,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, perbincangan turut menjurus kepada usaha memperkukuh kerjasama dua hala, khususnya dalam sektor tenaga baharu seperti hidrogen, yang melibatkan Petronas dan Kerajaan Negeri Sarawak.
Dalam perkembangan lain, Anwar turut menyampaikan ucapan takziah kepada Ishiba atas kehilangan nyawa rakyat negara itu dalam tragedi gempa bumi yang melanda Myanmar baru-baru ini.
“Malaysia juga menghargai usaha Jepun yang tampil menyalurkan sumbangan dalam membantu proses pemulihan dan pembangunan semula di negara terjejas.
"Hubungan Malaysia-Jepun akan terus diperkukuh berasaskan rasa saling hormat, kepercayaan serta komitmen jangka panjang dalam pelbagai bidang strategik," ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#tarif AS
#perbincangan
#Shigeru Ishiba
#Jepun
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan