awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar desak ambil tindakan segera bela kebajikan veteran ATM

Astro Awani
Astro Awani
06/06/2022
10:15 MYT
Anwar desak ambil tindakan segera bela kebajikan veteran ATM
Ahli Parlimen Port Dickson itu mendesak Kementerian Pertahanan untuk segera mengambil tindakan dalam membela kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendesak Kementerian Pertahanan untuk segera mengambil tindakan dalam membela kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam satu kenyataan berkata, kerajaan tidak sewajarnya mengabaikan suara kumpulan itu, yang banyak berjasa kepada negara.
"Isu ini juga sudah beberapa kali saya dan rakan-rakan Pakatan Harapan (PH) bawa di Parlimen dan hari ini sekali lagi saya mendesak Menteri Pertahanan untuk segera ambil tindakan terkait perkara ini.
"Usah abaikan suara golongan veteran ATM yang telah banyak berjasa kepada negara kita," katanya dalam kenyataan tersebut, hari ini.
BACA: Veteran tentera berhimpun suarakan tiga tuntutan
Terdahulu, kira-kira 1,000 veteran ATM dari seluruh negara berkumpul di Tugu Negara di sini, bagi menyuarakan tuntutan supaya kerajaan membela kebajikan mereka.
Menerusi perhimpunan dikenali sebagai Reunion Veteran, tiga tuntutan dikemukakan iaitu penyelarasan pencen, pemberian pencen kepada veteran yang tidak menerima pencen serta membuka ruang untuk beri pengampunan kepada veteran ATM supaya mereka dapat menerima pencen serta diiktiraf sebagai veteran.
Anwar menambah, beliau mengikut rapat perkembangan perhimpunan aman di Tugu Negara hari ini.
"Ternyata mereka ini tiada pilihan lain untuk menegakkan hak mereka dan beberapa perkara lain selepas gagal mendapat tumpuan Kementerian Pertahanan," ujar beliau.
Topic Berkaitan
#Perhimpunan veteran ATM
#pesara tentera
#Perhimpunan aman Tugu Negara
#berita Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan