awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar dijadual lancar projek pembangunan infra penanaman padi di Kedah hari ini

Bernama
Bernama
27/02/2025
02:50 MYT
Anwar dijadual lancar projek pembangunan infra penanaman padi di Kedah hari ini
Pada majlis hari ini, Anwar juga dijangka menyerahkan Bantuan Khas Padiberas Nasional Bhd dan Bantuan Banjir Skim Takaful Tanaman Padi kepada pesawah. - Gambar fail/Astro AWANI
ALOR SETAR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan melancarkan Projek Pembangunan Infrastruktur bagi Menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun di Ayer Hitam dekat sini hari ini.
Majlis yang dijadualkan bermula 2.30 petang itu dijangka turut dihadiri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada 18 Okt lepas, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelaksanaan projek itu di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Fasa 1 yang melibatkan peruntukan hampir RM1 bilion dengan keluasan sekitar 11,000 hektar.
Projek itu dijangka meningkatkan hasil padi sebanyak 15 peratus serta melonjakkan pendapatan 6,100 pesawah sebanyak 43 peratus.
Pada majlis hari ini, Anwar juga dijangka menyerahkan Bantuan Khas Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) dan Bantuan Banjir Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) kepada pesawah.
Sebelum melancarkan program berkenaan, Anwar dijadual menghadiri Sesi Ramah Mesra Bersama Para Pelajar Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) di Dewan Konvensyen AIU di sini pada 1.30 tengah hari.
Difahamkan pada program berkenaan, para pelajar dari dalam dan luar negara di universiti itu akan bertukar-tukar pandangan bersama Perdana Menteri mengenai pelbagai isu termasuk pembangunan, pendidikan serta hala tuju generasi muda dalam membentuk masa depan negara dan dunia yang lebih lestari.
Lawatan kerja singkat Perdana Menteri ke negeri ini diakhiri dengan menghadiri Majlis Penutup Konvensyen Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKP) Negeri Kedah di sebuah hotel di sini pada 5.30 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Padi
#Kedah
#projek pembangunan infrastruktur
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan