awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mangsa ragut warga emas cedera selepas diseret 10 meter di Ketereh
Bekas Ketua Perisikan, pegawai kanan ATM antara didakwa kes rasuah esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar hubungi pemimpin Thailand dan Kemboja, seru gencatan senjata

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
24/07/2025
14:40 MYT
Anwar hubungi pemimpin Thailand dan Kemboja, seru gencatan senjata
Kata Anwar, Malaysia turut menyatakan kesediaan untuk membantu dan memudahkan proses tersebut atas semangat perpaduan ASEAN dan tanggungjawab bersama.
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghubungi Perdana Menteri Kerajaan Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Kerajaan Thailand, Phumtham Wechayachai bagi menyuarakan kebimbangan Malaysia terhadap peningkatan ketegangan di sepanjang sempadan kedua-dua negara.
Menerusi kenyataan di Faceboook, Anwar berkata dalam perbualan tersebut, Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025 merayu kepada kedua-dua pemimpin agar segera melaksanakan gencatan senjata bagi mengelakkan konflik yang lebih buruk serta membuka ruang untuk dialog damai dan penyelesaian secara diplomatik.
Anwar turut menyambut baik isyarat positif dan kesediaan yang ditunjukkan Bangkok dan Phnom Penh dalam mempertimbangkan perkara itu.
Tambah beliau, Malaysia turut menyatakan kesediaan untuk membantu dan memudahkan proses tersebut atas semangat perpaduan ASEAN dan tanggungjawab bersama.
“Saya amat yakin bahawa kekuatan ASEAN terletak pada solidaritinya, dan keamanan mesti sentiasa menjadi pilihan kolektif kita yang tidak berbelah bahagi,” kata Anwar.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Kemboja
#Thailand
#konflik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan