awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar nafi beri tumpuan kepada Pulau Pinang kerana anak jati

Astro Awani
Astro Awani
11/01/2025
06:45 MYT
Anwar nafi beri tumpuan kepada Pulau Pinang kerana anak jati
Anwar menegaskan, beliau memberikan tumpuan mengikut keperluan rakyat tanpa memilih negeri. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tumpuan lebih kepada Pulau Pinang kerana merupakan anak jati Pulau Mutiara itu.
Anwar menegaskan selaku Perdana Menteri, beliau memberikan tumpuan mengikut keperluan rakyat tanpa memilih negeri termasuk bantuan kepada pesawah di Kedah, projek tebatan banjir di Kelantan dan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS–SEZ)
"Ada yang mengatakan ini kerana Anwar dari Pulau Pinang diberi tumpuan kepada Pulau Pinang... tidak benar. Kita luluskan untuk pesawah Kedah, Program sekitar MADA... RM1 bilion untuk meningkatkan produktiviti bersama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mat (Mohamad) Sabu umpamanya telah turun ke gelanggang beberapa kali.
"Kerana itu kelompok termiskin, di antara termiskin dalam negara kita. Dan kita beri tumpuan di situ. Dan kerana maksud untuk meningkatkan... kalau produktiviti dua mentrik tan naik enam tan, di Sekinchan boleh 10, 12 metrik tan. Jadi ini memerlukan infrastruktur tambahan, memerlukan baja dan benih, pengurusan dan pengawasan lebih teliti," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara di Bandar Sri Pinang di sini pada Sabtu.
Beliau tiba di Bandar Sri Pinang pada jam 10.10 pagi dan disambut Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan barisan pemimpin negeri.
Projek di bawah Kementerian Pengangkutan itu menandakan permulaan era baharu transformasi bagi rangkaian pengangkutan awam di negeri ini.
Laluan LRT sepanjang 29.5 kilometer ini dijangka memperkukuh hubungan serantau, meningkatkan mobiliti dan menyokong pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang pada masa depan.
Projek ini dijangka mula beroperasi pada Disember 2031, mencipta ribuan peluang pekerjaan, menarik pelaburan yang signifikan serta meningkatkan kualiti hidup rakyat Pulau Pinang.
Sebelum ini, Jemaah Menteri telah meluluskan cadangan pembangunan Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang pada Mac tahun lalu yang dijangka siap pada 2030.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Chow Kon Yeow
#LRT Laluan Mutiara
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan