Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi bersedia untuk berhenti daripada politik walaupun pernah berkata bahawa dia mungkin bersara untuk menjadi pensyarah di Eropah jika Pakatan gagal dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) .
Sebaliknya, pemimpin PKR telah berikrar untuk menumpukan tenaga masanya untuk memerangi penipuan pilihan raya, yang beliau dakwa berleluasa sepanjang PRU13.
"Datuk Seri Najib Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memilih untuk mengabaikan kehendak rakyat demi kepentingan mereka sendiri walaupun sewaktu pengumuman awal mereka inginkan pilihan raya yang bebas dan adil," kata Anwar dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Anwar berkata bahawa SPR harus bertanggungjawab kerana telah "bersubahat dalam penipuan pilihan raya paling buruk dalam sejarah kita."
Beliau berkata, perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil adalah satu perjuangan yang paling penting untuk mana-mana rakyat Malaysia.
Anwar merujuk kepada pergerakan yang diterajui oleh pemerhati pilihanraya Bersih 2.0, yang telah berjaya menarik perhatian beribu-ribu rakyat untuk melakukan demonstrasi di seluruh Malaysia untuk menuntut pilihanraya yang bebas dan adil.
Pada hari pengundian semalam, banyak dakwaan penipuan - termasuk pengundi hantu terutamanya yang dikatakan orang asing, dan kemungkinan mengundi dua kali dengan dakwat kekal yang mudah dibersihkan telah muncul.
"Saya akan menumpukan masa saya dan tenaga yang terbaik untuk bekerja dengan BERSIH dan rakyat Malaysia untuk memastikan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya yang baru ditubuhkan dan bebas hendaklah berada di tempatnya secepat mungkin untuk membetulkan penipuan pilihan raya," kata Anwar.
Beliau menekankan hakikat bahawa Pakatan Rakyat memenangi undi popular dengan margin yang besar (50.3%, berbanding dengan BN 46.8%), dan berkata bahawa ini "mengesahkan mandat yang diberikan kepada kami."
"Hati nurani kita tidak boleh membenarkan kita untuk menerima keputusan pilihan raya yang dijelmakan melalui penipuan, hati saya dengan setiap rakyat Malaysia yang tidak menerima keputusan PRU13 ini."
Anwar akan berucap dalam satu ceramah yang akan diadakan pada Rabu di Petaling Jaya, berkata beliau akan terus mempersoalkan kesahihan kerajaan BN yang dicapai melalui proses pilihan raya yang didakwa tidak bersih.
Sementara itu, Ketua Pemuda BN dan UMNO Khairy Jamaluddin menggesa Anwar untuk memberhentikan misinya untuk mempersoalkan proses pilihan raya.
Teoh El Sen
Mon May 06 2013
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
Pelbagai usaha dilaksana Kerajaan Madani jaga kebajikan rakyat
Pelbagai anjakan dan reformasi yang mengutamakan kebajikan rakyat diusahakan dalam pentadbiran Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang tahun ini.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.