awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar ucap tahniah kepada Muhammad Yunus sebagai Ketua Penasihat Bangladesh

Astro Awani
Astro Awani
09/08/2024
14:04 MYT
Anwar ucap tahniah kepada Muhammad Yunus sebagai Ketua Penasihat Bangladesh
Anwar (kiri) berkata, pengalaman luas yang dimiliki oleh Muhammad akan memberi jaminan untuk membimbing Bangladesh dengan bijaksana dan integriti - Foto/REUTERS
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada pemenang Hadiah Nobel, Muhammad Yunus di atas pelantikannya sebagai Ketua Penasihat kerajaan sementara Bangladesh.
Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, pengalaman luas yang dimiliki oleh Muhammad akan memberi jaminan untuk membimbing Bangladesh dengan bijaksana dan integriti.
"Pada detik penting dalam sejarah ini, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada rakyat Bangladesh dan masa depan yang cemerlang," kata Anwar.
Dalam entri sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan, menambah semangat dan visi golongan muda akan membawa pembaharuan kepada Bangladesh.
"Saya teringat kata-kata abadi daripada pelukis, penyair dan ahli falsafah Bengali yang hebat, Rabindranath Tagore: “Di mana minda dibimbing ke hadapan olehmu ke dalam pemikiran dan tindakan yang semakin meluas; ke dalam syurga kebebasan itu, ayahku, biarkan negaraku bangun," tambah beliau.
Muhammad yang merupakan pemenang Hadiah Nobel, mengangkat sumpah jawatan pada Khamis untuk mengetuai kerajaan peralihan terdiri daripada 17 anggota di Bangladesh.
Ia berlaku selepas protes berminggu-minggu yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Liga Awami pimpinan Perdana Menteri Sheikh Hasina.
Majlis angkat sumpah Muhammad, 84, dan pasukannya berlangsung di pejabat Presiden Mohammed Shahabuddin di ibu negara Dhaka.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Muhammad Yunus
#Kerajaan Sementara Bangladesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan