awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ngauman harimau di Proton CIty, Perhilitan hantar petugas untuk pantau
Agong berkenan tandatangan Akta Antibuli 2026
Malaysia Airlines perkenal semula penerbangan ke Chengdu, catat permintaan tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Apa alasan untuk kita buat kerja itu?' - Anwar nafi perebutan kuasa dengan Azmin

Sinar Harian
Sinar Harian
16/06/2019
09:51 MYT
'Apa alasan untuk kita buat kerja itu?' - Anwar nafi perebutan kuasa dengan Azmin
Anwar menafikan wujud perebutan kuasa antara beliau dan Mohamed Azmin seperti mana didakwa segelintir pihak. -Gambar fail
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan wujud pembabitan ‘pihaknya’ dalam parti berhubung penyebaran video intim dikaitkan dengan seorang menteri kanan daripada parti itu.
Jelas Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, tiada keperluan untuk beliau atau penyokongnya melakukan perbuatan yang tidak berfaedah itu.
"Apa alasan untuk kita buat kerja itu? Kita daripada satu parti, daripada Pakatan Harapan (PH). Kalau perlu (jatuhkan), saya sudah ada perjanjian (untuk menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri).
"Perdana Menteri sudah mengatakannya (berkenaan peralihan kuasa) dan minggu lalu beliau sekali lagi mengatakannya.
"Sudah ada fitnah, tak boleh jawab dengan fitnah," katanya ketika ditemui pemberita Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Port Dickson di sini.
Anwar turut menolak dakwaan bahawa penyebaran video intim itu akan memecah-belahkan PKR seperti yang diperkatakan pemimpin pembangkang ketika ini.
Dalam perkembangan sama, Anwar juga turut menafikan wujud perebutan kuasa antara beliau dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali seperti mana yang didakwa segelintir pihak termasuk parti pembangkang.
Jelasnya, ketika ini beliau menerima sokongan padu daripada semua parti komponen dalam PH.
“PKR, DAP, Amanah dan Bersatu (semua sokong). Jadi, tak ada masalah bagi saya,” katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#fitnah
#peralihan kuasa
#perebutan kuasa
#Presiden Parti Keadilan Rakyat
#video intim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan