KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bertegas agar jangka masa tetap untuk Parlimen selama lima tahun dibuat bagi menghalang wakil rakyat khianat terhadap rakyat yang mengundi.
Pendekatan itu juga antara lain, akan memastikan rundingan boleh dilakukan terlebih dahulu jika seorang Perdana Menteri ingin meletak jawatan, sekali gus tidak akan menggugat kedudukan kerajaan yang sudah dipilih rakyat.
"Pada saya kita kena setia dengan gabungan kita. Kalau kita dalam Pilihan Raya Umum (PRU), mengatakan kita dalam pasukan, maka semestinya selama tempoh yang kita dipilih, kita mesti setia. Kalau tidak, apa bezanya lompat seekor, dengan lompat sekumpulan? Sama sahaja.
"Sebab itu saya minta kepada fixed term (parlimen), lima tahun, mesti lima tahun, supaya kita jangan khianat rakyat. Rakyat tahu. Macam kes sekarang ini, (kerajaan) yang dipilih sekarang ialah PH. Jadi sepatutnya janganlah di tengah-tengah itu akan berlaku pertukaran, disabit letak jawatan ke apa ke.
"Macam mana sekali pun, kalau fixed term, kita tahu kalau ada seseorang Perdana Menteri nak letak jawatan, mereka kena runding dahulu. Pada saya kalau BN atau PH dipilih mesti untuk lima tahun (tempoh)," katanya semasa program Dialog Tiga Penjuru yang disiarkan secara langsung di saluran Astro AWANI pada Khamis.
BACA: RUU Antilompat Parti lulus, disokong lebih dua pertiga ahli Dewan Rakyat
Malah katanya, sepatutnya dalam sebuah gabungan parti, apa sahaja masalah diselesaikan secara bersama dalam sebuah pasukan.
"Kalau ada masalah kamu selesaikan sebab kamu sudah berjanji dengan rakyat. Inilah pasukan kami. Yang saya tidak puas hati di sini ialah kerana kalau sebagai sebuah parti dalam satu gabungan... kalau parti buat keputusan, semua boleh keluar. Katak lompat ramai-ramai. Itu sahaja," tegasnya.
Katanya lagi, asas kepada larangan lompat parti adalah bagi mengekang khianat terhadap rakyat yang telah yang telah memilih seorang wakil rakyat berdasarkan kriteria yang diberikan kepada pengundi.
Dalam masa sama, beliau melihat tindakan lompat parti memberi ruang kepada gejala rasuah berlaku.
"Contoh ada ajakan cakap kamu masuklah parti saya, saya bagi RM1 juta ke. Jadi ini khianat dan rasuah yang sangat dihina. Jadi kita tertunggu-tunggu RUU ini," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Thu Jul 28 2022
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz bertegas agar jangka masa tetap untuk Parlimen selama lima tahun dibuat bagi menghalang wakil rakyat khianat terhadap rakyat yang mengundi. - Astro AWANI
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
Nazri Aziz sesuai sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat - Zahid Hamidi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz merupakan personaliti yang sesuai sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, kata Ahmad Zahid.
"Jangan sekat demokrasi dalam UMNO" - Nazri Aziz
Usaha menghalang jawatan tertentu tidak dipertandingkan akan memperlihatkan UMNO sebuah parti yang tidak lagi demokratik.
'Kalau tidak faham isu jangan bercakap', pesan Nazri pada Naib Presiden MIC
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan Naib Presiden MIC, A Kohilan Pillay sebagai seorang yang tidak faham isu tetapi cuba menunjuk pandai.
'Apa beza lompat seekor dengan lompat sekumpulan? Sama sahaja' - Nazri
Datuk Seri Nazri Aziz bertegas agar jangka masa tetap untuk Parlimen selama lima tahun dibuat bagi menghalang wakil rakyat khianat terhadap rakyat yang mengundi.
'Bukan isu saya takut kalah tapi masa belum sesuai untuk PRU15' - Nazri
Mohamed Nazri menegaskan beliau tidak mahu PRU15 disegerakan bukan kerana takut kalah tetapi masanya belum sesuai.
Meluat tengok YB Shah Alam - Nazri Aziz
Khalid minta pendirian Nazri berhubung parti yang mengambil Ahli Parlimen yang melompat parti.
Pertemuan Menteri UMNO: Mungkin bincang keperluan PRU15 lebih awal - Nazri
Pertemuan beberapa Menteri UMNO di sebuah hotel di Putrajaya mungkin berbincang mengenai keperluan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 lebih awal.
RUU Antilompat Parti: Blok Pembangkang beri amaran terakhir!
"Maka, kita (pembangkang) harap bentang segera RUU Anti Lompat Parti, ini amaran terakhir daripada kami." - Mohamad Sabu
Parlimen: KL dah macam London, banyak nama Inggeris - Mohamed Nazri
Bukan hanya jalan dan bangunan, kawasan taman perumahan juga lebih banyak menggunakan Bahasa Inggeris sejak kebelakangan ini.
Nazri Aziz akui terima sumbangan daripada kontraktor projek terowong
Nazri memberitahu mahkamah bahawa beliau menerima sumbangan daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli yang merupakan kontraktor projek terowong dasar laut serta jalan utama di Pulau Pinang.