awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apartmen didiami terbakar, dua warga emas rentung

Sinar Harian
Sinar Harian
24/11/2019
01:02 MYT
Apartmen didiami terbakar, dua warga emas rentung
Anggota bomba memecahkan pintu pagar rumah mangsa kebakaran di Taman Meru Impiana awal pagi ini. -Foto Sinar Harian
Sepasang warga emas ditemukan rentung selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di sebuah apartmen di Taman Meru Impiana, Jelapang di sini, hari ini.
Dalam kejadian itu, mangsa adalah lelaki dan wanita yang belum dikenal pasti identitinya ditemui di bahagian ruang tamu dan koridor rumah berkenaan.
Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Mohd Khairul Jamil berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 3.40 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya dan Ipoh bergegas ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan dua unit apartmen yang dijadikan satu kediaman dan mangsa ditemui tertiarap di bahagian ruang tamu dan koridor dalam rumah berkenaan dipercayai cuba menyelamatkan diri
"Kita dapat mengawal kebakaran pada jam 4.15 pagi dan operasi pemadaman turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Bercham dan Pekan Baharu,” katanya.
Menurutnya, usaha sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti kedua-dua mangsa.
Topic Berkaitan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#kebakaran
#Mohd Khairul Jamil
#rentung
#Taman Meru Impiana
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan