KUALA LUMPUR: Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) berharap lebih banyak institusi penjagaan kesihatan swasta termasuk pengamal perubatan swasta terlibat dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi membantu pelaksanaan program berkenaan.
Presidennya, Datuk Dr Kuljit Singh berkata hanya beberapa hospital swasta yang terbabit dalam program imunisasi itu dan beberapa negeri seperti Melaka belum memulakan vaksinasi untuk kakitangan dan doktor hospital swasta sebaliknya hanya dijadualkan pada akhir bulan ini atau Fasa 2.
"Beberapa hospital swasta di negeri itu merupakan penyumbang besar ekonomi kepada negara dan negeri dari segi pelancongan perubatan.
"Kami berharap program vaksinasi ini boleh dipertingkatkan di beberapa negeri termasuk pantai timur Semenanjung Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada awal bulan ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin mengumumkan jumlah hospital swasta yang akan digunakan sebagai pusat vaksinasi untuk kakitangan penjagaan kesihatan swasta dalam Fasa 1 program imunisasi itu.
Memandangkan Malaysia akan beralih ke Fasa 2 program itu dalam 10 hari lagi, Dr Kuljit berkata APHM berhasrat untuk memperkukuhkan kerjasama dengan kerajaan bagi memastikan proses vaksinasi dapat diselesaikan sebelum hujung tahun ini.
"Terdapat perbincangan dengan kerajaan mengenai pembayaran imbuhan untuk kos pemulihan di institusi penjagaan kesihatan swasta oleh kerajaan supaya ia tidak membebankan rakyat.
"Cadangan kami untuk membantu barisan hadapan ekonomi menerusi program vaksinasi swasta perlu diberi pertimbangan sewajarnya dan berharap ia dilaksanakan selepas kejayaan awal program vaksinasi awam menjelang pertengahan tahun atau selewat-lewatnya pada suku ketiga tahun ini, yang disasarkan untuk barisan hadapan ekonomi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 18 2021
KULJIT: Kami berharap program vaksinasi ini boleh dipertingkatkan di beberapa negeri termasuk pantai timur Semenanjung Malaysia. - Gambar fail
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
HBR berkata bayi itu meninggal dunia sejurus selepas menerima rawatan perubatan, dan bapanya diberikan kebenaran untuk menguruskan pengebumian pada hari berikutnya.
Kerajaan disaran kawal harga rawatan di hospital swasta, perkenal insurans mampu milik
Kerajaan disaran memperkenalkan dasar kawalan harga sebagai langkah utama untuk mengawal caj atau kos rawatan perubatan yang dikatakan terus meningkat di hospital swasta.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
Belum ada keperluan KKM gunakan fasiliti hospital swasta rawat pesakit COVID-19 - APHM
Ketika ini belum ada keperluan bagi Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menggunakan fasiliti hospital swasta untuk merawat pesakit COVID-19.
KKM akan terima pakai pendekatan pajakan mulai tahun depan
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menerima pakai pendekatan pajakan bagi peranti perubatan, aset perubatan dan ambulans mulai tahun depan.
Perak kini di landasan tepat muncul hab pelancongan kesihatan - MB
Ia berikutan pertambahan jumlah hospital swasta yang menawarkan kepakaran dalam beberapa bidang khusus.
Presiden Argentina dirawat di hospital swasta
Presiden Argentina Alberto Fernandez dibawa ke hospital swasta di tengah Buenos Aires selepas mengalami sakit pinggang yang teruk.
Hospital swasta dengan pelaburan RM860 juta bakal dibina
KLIH yang dijangka memulakan operasinya pada suku pertama 2026, bakal mewujudkan lebih 3,000 peluang pekerjaan.