awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aplikasi tapis panggilan elak pengguna jadi mangsa penipuan

Syakirah Zulkifly
Syakirah Zulkifly
03/04/2018
20:41 MYT
Aplikasi tapis panggilan elak pengguna jadi mangsa penipuan
Aplikasi Truecaller dapat membantu pengguna mengenal pasti status nombor telefon sebelum menerima dan menyekat panggilan scam. -Foto Google play
KES penipuan menerusi panggilan telefon atau scam kini bukanlah satu perkara yang baharu, malah ia dilihat semakin berleluasa.
Saban hari, kita disajikan dengan berita dalam kalangan pengguna menjadi mangsa penipuan melalui telefon oleh individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai pihak tertentu, contohnya polis dan pegawai bank.
Namun, dengan bantuan teknologi yang semakin canggih pada masa kini, kita dapat menyaring panggilan yang tidak dikenali terlebih dahulu.
Antara langkah yang boleh diambil pengguna telefon pintar ialah dengan menggunakan aplikasi mudah alih yang dapat mengesan nombor panggilan yang tidak diingini.
Satu daripada aplikasi tersebut ialah Truecaller. Aplikasi ini akan memaparkan status atau identiti pemanggil yang dikenal pasti pada skrin pengguna. Oleh itu pengguna boleh memilih untuk menjawab panggilan itu atau menyekatnya.
Sebagai contoh, jika nombor dari luar negara membuat panggilan masuk, ia akan memaparkan lokasi panggilan itu dibuat.
Manakala jika panggilan yang diterima daripada nombor tempatan, aplikasi itu akan memaparkan amaran scam dan tanda warna merah jika nombor tersebut digunakan oleh sindiket penipuan.
Aplikasi itu akan memaparkan amaran scam dan tanda warna merah jika nombor tersebut digunakan oleh sindiket penipuan scam.
Aplikasi itu akan memaparkan amaran scam dan tanda warna merah jika nombor tersebut digunakan oleh sindiket penipuan scam.
Walau bagaimanapun Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Amirudin Abdul Wahab berkata pengguna harus berhati-hati dan mengetahui bagaimana aplikasi itu berfungsi sebelum memuat turunnya.
“Pengguna harus sentiasa berhati-hati dan berwaspada apabila menggunakan aplikasi seperti ini yang hanya sebagai alat membantu tetapi membolehkan maklumat peribadi dimuat naik ke pelayan aplikasi tersebut,” kata Amirudin ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurutnya, setiap aplikasi mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri yang perlu diambil kira setiap pengguna.
“Aplikasi ini mempunyai risiko tersendiri kerana ia berfungsi melalui data yang dikumpul dari buku telefon pengguna dan sumber daripada orang ramai serta akan disimpan di dalam pelayan (server) Truecaller.
“Ia juga berfungsi berdasarkan laporan scam oleh pengguna terhadap sesuatu nombor tersebut dan data tersebut diproses menggunakan algoritma pemadanan atau penapisan data,” kata Amirudin.
Dalam pada itu, aplikasi berikut sememangnya sangat membantu tetapi ia adalah pilihan pengguna sendiri untuk menentukan cara bagi mencegah dan mengelak daripada perkara yang tidak diingini terjadi.
“Penggunaan sesuatu aplikasi bergantung kepada pengguna itu sendiri, secara umumnya kami tidak memberi sebarang rekomendasi terhadap apa juga aplikasi yang boleh dimuat turun dari internet.
“Bagi pengguna yang tidak bersetuju maklumat mereka tersenarai dalam pangkalan data Truecaller, pengguna boleh mengeluarkan nombor sendiri secara manual di laman sesawang aplikasi tersebut,” tambahnya.
Menariknya, aplikasi itu juga akan memaparkan nama pemanggil yang digunakan di laman sosial atau WhatsApp apabila pengguna mendapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.
TrueCaller turut mendapat respon yang positif di media sosial daripada netizen yang sudah menggunakannya.
I think this is one of the useful apps for everyone. Nowadays, scammers are everywhere. Boleh act as org bank and so on. So, by using this app, tkyh lah buang masa angkat call tak berfaedah tu.
— MiliMjd (@SymlyMjd) March 22, 2018
Yes! Ni apps paling berguna untuk avoid callers yang tak diingini; scammers, spammers yang annoying tu semua. Dulu I install apps ni untuk detect kot-kot ada company yang call for IV masa I active job hunting! Dia takde la keluar nama company but location. It's helpful! https://t.co/K24mk4Km4p
— umirahhh (@ZattyUmirah) March 23, 2018
Amirudin turut menegaskan supaya pengguna tidak menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali serta melakukan siasatan ke atas panggilan yang diterima daripada sumber asal seperti polis, bank dan lain-lain.
Topic Berkaitan
#bank
#Internet
#Malaysia
#mangsa
#penipuan
#scam
#sindiket
#TrueCaller
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan