awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aplikasi Tinder perkenal ciri baharu kenali calon pasangan dengan lebih dekat

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
25/06/2021
02:54 MYT
Aplikasi Tinder perkenal ciri baharu kenali calon pasangan dengan lebih dekat
Ciri terbaharu Tinder membolehkan pengguna mencari pelbagai jenis kaedah untuk berinteraksi dan berkenalan dengan pasangan yang berpotensi serasi. -Facebook@TinderSEAsia
APLIKASI cari jodoh, Tinder tampil dengan beberapa kemas kini dengan menawarkan lebih banyak konteks kepada penggunanya sebelum mengenali seseorang.
Ia kini mempunyai ciri-ciri ‘explore’, sama seperti Instagram, yang membolehkan pengguna mencari pelbagai jenis kaedah untuk berinteraksi dan berkenalan dengan pasangan yang berpotensi.
Dalam mod ‘explore’ tersebut, pengguna akan disediakan aktiviti seperti Swipe Night, permainan video interaktif Tinder, dan ciri baharu yang dipanggil ‘Hot Takes’.
Dengan mod itu juga, Tinder akan menyediakan tempoh waktu dari seawal jam 6 petang hingga 12 malam mengikut kepada waktu tempatan dengan menjawab soalan-soalan kuiz sebagai permulaan perbualan menerusi aplikasi tersebut.
Ini adalah kali pertama pengguna Tinder dapat berinteraksi dengan seseorang sebelum benar-benar dijodohkan atau ‘matched’.
Ideanya juga jelas memberi mereka sesuatu untuk dibincangkan dan dapat menilai ‘chemistry’ atau jodoh sebelum memulakan perbualan dengan lebih serius.
Selain daripada itu, pengguna kini boleh memilih pasangan serasi menerusi ‘passion’ atau minat yang boleh dikaitkan dengan diri pengguna.
Misalnya, jika anda meletakkan minat anda terhadap seni lukisan, individu lain yang berpotensi menjadi pasangan anda mungkin ada minat yang sama dan dia dapat memulakan langkah untuk berkenalan dengan berkongsi minat yang sama itu.
Bagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tinder, Jim Lanzone, beberapa kemas kini dan penambahbaikan ini adalah untuk memberi kuasa memilih kepada pengguna apabila mereka menginginkannya.
"Ini hanya memberi pengguna lebih banyak pilihan untuk mengenali seseorang, dan saya rasa pengguna akan menyaksikan lebih banyak lagi tawaran yang akan kami sediakan kepada anda,” jelasnya.
Lebih menarik lagi, Tinder kini membolehkan pengguna untuk memuat naik video sebagai sebahagian daripada profil – dan ia boleh dimuat naik sehingga sembilan video dengan durasi hingga 15 saat, dan semuanya adalah percuma.
Topic Berkaitan
#aplikasi cari jodoh
#Tinder
#cari pasangan
#Swipe Night
#Hot Takes
#PASSION
#minat yang sama
#pasangan serasi
#Jim Lanzone
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan