awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aplikasi Truecaller kelak boleh jawab panggilan guna suara pemilik

Amanz
Amanz
23/05/2024
03:40 MYT
Aplikasi Truecaller kelak boleh jawab panggilan guna suara pemilik
Truecaller akan bekerjasama sama dengan Microsoft Azure AI Speech bagi merealisasikan ciri yang selama ini hanya mampu ditawarkan Duplex. -Amanz
ENAM tahun lalu, Google Duplex diperlihatkan dengan ia adalah pembantu maya yang boleh melakukan panggilan telefon bagi pihak pemilik.
Walaupun sudah lebih setengah dekad diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat, ciri ini tidak diberikan kepada pengguna lain seperti yang dijanjikan oleh Google.
Pagi ini, Truecaller mengumumkan kelak aplikasi mereka boleh menjawab panggilan telefon bagi pihak pemilik dengan menggunakan suara sebenar mereka.
Ciri ini diberikan nama Personal Voice. Truecaller akan bekerjasama sama dengan Microsoft Azure AI Speech bagi merealisasikan ciri yang selama ini hanya mampu ditawarkan oleh Duplex.
Pengguna Truecaller mengakses Personal Voice menerusi AI Assistant dan kemudian melatih model AI dengan membaca beberapa baris perkataan yang diberikan oleh aplikasi.
Selepas dilatih, ia akan menjadi pengganti pemilik dan menjawab telefon apabila diperlukan.
Sepanjang masa transkrip akan dipaparkan pada skrin telefon supaya pemilik boleh melakukan pilihan untuk menjawab panggilan yang penting.
Ciri ini adalah tambahan kepada ciri AI Assistant yang diumumkan pada tahun 2022 tetapi hanya di beberapa negara.
Truecaller mengatakan pada ketika ini Personal Voice boleh diuji oleh beberapa pelanggan terpilih terlebih dahulu. -Amanz
Topic Berkaitan
#Google Duplex
#TrueCaller
#Personal Voice
#Microsoft Azure AI Speech
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan