awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM sedia bekerjasama dengan SPRM hapus 'suapan bulanan'

Bernama
Bernama
06/02/2023
04:27 MYT
APMM sedia bekerjasama dengan SPRM hapus 'suapan bulanan'
Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan akan bersama SPRM dalam menghapuskan jenayah yang tidak bermoral itu.
KANGAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Perlis sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan dua penguat kuasa agensi itu yang terlibat dalam menerima suapan bulanan sebelum ini.
Pengarahnya Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan akan bersama SPRM dalam menghapuskan jenayah yang tidak bermoral itu.
"Kegiatan ini telah lama saya kesan iaitu sejak mula mengambil alih jawatan sebagai pengarah APMM Zon Maritim Kuala Perlis pada 2022," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan dua penguat kuasa APMM dan seorang orang awam ditahan reman selama enam hari hingga 8 Februari ini bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.
Mohd Hashim mengesahkan perkara tersebut dan berkata salah seorang daripada anggotanya telah dibebaskan oleh SPRM pada Sabtu (4 Februari).
Beliau berkata anggota terbabit telah lama berada dalam pemerhatiannya namun beliau gagal memperoleh bukti apabila nelayan enggan memberi kerjasama.
"Saya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengawai dan anggota APMM Zon Maritim Kuala Perlis yang terlibat dalam aktiviti jenayah seperti ini," katanya.
Sementara itu, jurucakap SPRM berkata lebih banyak tangkapan akan dilakukan selepas ini, melibatkan anggota APMM dan pihak ketiga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#SPRM
#Rasuah
#suapan bulanan
#penguat kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan