awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple Vision Pro dikemas kini dengan cip M5, pendakap kepala baharu

Amanz
Amanz
16/10/2025
11:00 MYT
Apple Vision Pro dikemas kini dengan cip M5, pendakap kepala baharu
Apple Vision Pro baharu dilancarkan dengan cip M5 dan sistem operasi visionOS 26, menawarkan prestasi grafik lebih tinggi serta kadar segar semula sehingga 120Hz. -Foto Amanz
APPLE Vision Pro turut dilancarkan malam ini dengan cip Apple M5 bersama dengan iPad Pro dan MacBook Pro 14 baharu.

Ringkasan AI
  • Apple Vision Pro baharu dilancarkan dengan cip M5 dan sistem operasi visionOS 26, menawarkan prestasi grafik lebih tinggi serta kadar segar semula sehingga 120Hz.
  • Rekaan masih sama seperti generasi pertama tetapi kini dilengkapi pendakap kepala Dual Knit Band untuk keselesaan, bersama 12 kamera, 5 sensor dan 6 mikrofon bagi pengalaman realiti gabungan yang lebih realistik.
  • Dijual mulai 22 Okt pada harga bermula $3499 (RM11,425) dengan pilihan storan hingga 1TB, Vision Pro hanya tersedia di 12 negara termasuk Singapura, Jepun, UK dan Amerika Syarikat.

Dari segi rekaan ia masih lagi sama dengan model yang dilancarkan dua tahun lalu cuma dengan cip M5 yang lebih berkuasa dan sistem operasi visionOS 26.
Untuk menyelesaikan isu kurang selesa dipakai kerana berat, Vision Pro baharu hadir dengan pendakap kepala Dual Knit Band yang mengikat di bahagian belakang dan atas kepala.
Dengan cip M5 skrin OLED Vision Pro boleh memaparkan 10% lebih banyak pixel dan menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz.
Ia dilengkapi 12 kamera, 5 sensor, dan 6 mikrofon bagi menawarkan imej tembus realistik dengan masa pendam 12 milisaat sahaja dibantu oleh cip Apple R1.
Apple turut mengatakan terdapat 3000 aplikasi kini direka khusus untuk visionOS. Ini adalah dalam bentuk permua, platform penstriman, aplikasi produktiviti dan juga kandungan hiburan imersif dengan audio spatial.
Seperti model generasi pertama ia boleh digunakan dalam mod maya, mod tembus dan digabungkan bersama sebuah komputer macOS untuk pengalaman bekerja dalam dunia realiti gabungan.
Walaupun boleh dikawal dengan tangan, ia menyokong alat kawalan Sony PlayStation DualSense dan juga PlayStation VR2 Sense.
Apple Vision Pro dengan cip M5 akan dijual pada 22 Oktober pada harga bermula $3499(~RM 11,425) sebuah dengan pilihan storan 256GB, 512GB dan 1TB.
Pada waktu ini ia hanya boleh dibeli di Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, UAE, UK, China, Singapura dan Amerika Syarikat. -Amanz
Topic Berkaitan
#Apple Vision Pro
#cip M5
#visionOS 26
#pendakap kepala
#Dual Knit Band
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan