awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple Vision Pro mula dijual di New York

Astro Awani
Astro Awani
03/02/2024
01:30 MYT
Apple Vision Pro mula dijual di New York
Apple Vision Pro merupakan set kepala khusus yang dibangunkan oleh Apple, mengintegrasikan dunia nyata dan juga dunia maya yang dijual pada harga AS$3,499 atau RM16,500.
NEW YORK: Peminat Apple berpusu-pusu mengunjungi kedai utama syarikat itu di New York pada Jumaat bagi mendapatkan produk baharu Apple iaitu set kepala Vision Pro.
Apple Vision Pro merupakan set kepala khusus yang dibangunkan oleh Apple, mengintegrasikan dunia nyata dan juga dunia maya.
Jualan bermula pada harga AS$3,499 atau RM16,500 dan dijual dengan storan 256 GB.
Dengan tambahan AS$200, pelanggan juga boleh mendapat bekas khas gajet yang mesra kembara dan tambahan AS$50 untuk bekas bateri.
Apple Vision Pro membenarkan sisipan kanta preskripsi dan sisipan kanta membaca dengan tambahan bayaran.
Produk ini juga menawarkan kira-kira 2.5 jam hayat bateri pada satu cas pek baterinya.
Penganalisis berkata, Apple Vision Pro merupakan langkah penting untuk masa depan Apple kerana syarikat itu memasuki era berkenaan.
Apple Vision Pro memasuki pasaran ketika saham Apple merosot kira-kira 3 peratus pada Jumaat, susulan jualan di China yang mengecewakan.
Persaingan yang semakin sengit daripada pesaing domestik, ditambah dengan pengguna berbelanja lebih berhati-hati di tengah-tengah kelembapan ekonomi, telah membantutkan pertumbuhan Apple di China.
Jualan di China juga merosot sebanyak 13 peratus pada suku yang berakhir pada Disember.
Sebagai pasaran telefon pintar terbesar di dunia, China adalah penting untuk penjualan Apple. - Agensi
Topic Berkaitan
#New York
#Apple
#Apple Vision Pro
#headset Apple
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan