JEDDAH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamatkan lawatan rasmi tiga harinya ke Arab Saudi hari ini menganggap negara itu sebagai negara utama bagi Malaysia di Timur Tengah.
Ia merupakan negara luar ASEAN pertama dilawat secara rasmi oleh Anwar sejak menyandang jawatan Perdana Menteri ke-10.
Bercakap pada sidang media di akhir lawatan rasmi tiga hari beliau ke Arab Saudi pada Jumaat, Anwar berkata undangan daripada kerajaan Arab Saudi dalam tempoh yang singkat (selepas pelantikannya sebagai perdana menteri) amatlah beliau hargai.
Sehingga kini, Anwar berkata hubungan Malaysia dengan Arab Saudi termasuk dalam urusan perniagaan, perbankan dan kegiatan Islam masih terjalin begitu baik.
Beliau berkata hubungan diplomatik kedua-dua negara yang akrab sejak dahulu itulah yang beliau mahu terus dapat dipertingkatkan.
Beliau juga berharap melalui hubungan baik ini, Malaysia dapat memperoleh manfaat daripada beberapa gagasan baharu Arab Saudi yang akan menjadikannya bukan sahaja sebagai markas Haji dan Umrah, tetapi juga tahap pemacuan keilmuan dengan Wawasan 2030 yang digagaskan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud.
Sepanjang lawatan rasminya, beliau yang diiringi Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, antara lain sempat mengadakan pertemuan dengan komuniti perniagaan Arab Saudi di ibu pejabat Bank Pembangunan Islam, di sini.
Beliau turut menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha dan Setiausaha Agung Liga Dunia Islam (Muslim World League - MWL) Sheikh Dr Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa.
Selain itu, beliau turut menyaksikan majlis menandatangani tiga Perjanjian Persefahaman melibatkan syarikat swasta Malaysia dan Arab Saudi
Beliau dan delegasi juga sempat melengkapkan ibadah umrah di Mekah dan ziarah di Madinah serta beramah mesra dalam program iftar bersama rakyat Malaysia yang menetap di Jeddah, Mekah dan Madinah.
Anwar berkata pimpinan Arab Saudi juga sebenarnya telah memohon supaya beliau memanjangkan kunjungannya sekurang-kurangnya dua hari lagi untuk meneruskan pertemuan dengan pimpinan negara yang baharu menukar jadual mereka menjelang Ramadan.
"Saya sambut baik pandangan ini tetapi agak dukacita kerana tidak dapat memenuhi, termasuk pertemuan yang dijdualkan dengan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota, kerana dijadualkan esok untuk majlis iftar bersama Yang di-Pertuan Agong dan sejurus selepas itu lawatan rasmi ke Kemboja," katanya.
Anwar dan delegasi berlepas ke Kuala Lumpur daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed bin Abdulaziz, 12.30 pagi Sabtu, waktu tempatan.
Beliau dijadual mengadakan lawatan rasmi sehari ke Kemboja, 27 Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 25 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media sempena lawatan rasmi ke Arab Saudi. - Foto BERNAMA

Isu sempadan P.Pinang-Kedah: Tindakan akan diambil terhadap penyebar maklumat palsu
Tindakan akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu berkenaan isu sempadan Pulau Pinang dan Kedah.

Pecah amanah RM24.8 juta: Reman penolong akauntan disambung tujuh hari
Reman seorang penolong akauntan sebuah agensi KKDW di Gua Musang bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta, disambung tujuh hari lagi.

PRN Terengganu: Pembahagian kerusi Pas, Bersatu diputuskan dua hari lagi
Pihak terlibat masih dalam perbincangan berhubung pembahagian itu, namun PAS Terengganu bersedia memberi laluan kepada Bersatu untuk bertanding di beberapa kerusi.

Semburan pewangi lebih tahan lama dengan cara ini, bukan sembur di bahagian tertentu sahaja
Berikut dikongsikan beberapa tip bagaimana anda boleh membuatkan bau pewangi lebih tahan lama dan mengancam!

Pelajar maut dalam kemalangan babitkan dua motosikal
Akibat kemalangan, motosikal dinaiki pelajar itu merempuh penghadang jalan di bahu kiri jalan raya sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke bahu jalan.

Bekas ahli UMNO yang rindu PAU, sila datang - Zahid
Bekas ahli parti Melayu itu mungkin boleh menjadi pemerhati di luar dewan ketika perhimpunan tersebut berlangsung.

Penubuhan 1,878 Komuniti Madani perkasa usaha penyaluran maklumat kerajaan
Kerajaan yakin penubuhan 1,878 Komuniti Madani di seluruh negara mampu memperkasakan usaha penyaluran maklumat kerajaan kepada rakyat dengan kerjasama semua pihak di peringkat akar umbi.

Kadar inflasi Malaysia kekal sederhana pada 2023 - Rafizi
Kerajaan optimis negara mampu mencapai sasaran inflasi antara 2.8 peratus dan 3.3 peratus pada 2023.

#PE3: Tayar kereta pecah! Shaheizy Sam dapat bantuan Abang Polis Evo
Dalam perkongsian itu, Sam bernasib baik kerana mendapat bantuan daripada pasukan Polis Evo.

Family Feud Malaysia Tamil temui peminat malam ini
Family Feud Malaysia Tamil bakal membuka tirai malam ini menerusi Astro Vinmeen di saluran 202.

Anwar mahu murid dilatih bersihkan tandas sekolah
Anwar Ibrahim membuat teguran bahawa kebanyakan tandas di sekolah di negara ini tidak terjaga dan dibaik pulih sebaiknya.

Kerajaan arah pusat peniaga di seluruh negara dibangun dan diindahkan
Langkah tersebut bagi memastikan peniaga-peniaga kecil mendapat infrastruktur yang lebih selesa dan bersih.

Syed Mokhtar buat pertama kali dedah keakraban dengan Anwar
Tokoh Perniagaan itu ketika berucap pada majlis perasmian Pameran Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan? menyifatkan, Anwar sebagai abang.

'Jangan guna naratif kolot!' - Anwar tempelak Hadi dakwaan PH tak layak pimpin kerajaan
Tegas beliau, soal jumlah majoriti bukan Islam dalam gabungan kerajaan bukan perkara utama, sebaliknya yang lebih penting ialah dasar yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan.

Konglomerat diseru manfaat keuntungan sokong industri seni, sastera - PM Anwar
Syarikat konglomerat diseru untuk memanfaatkan keuntungan bagi menyokong industri seni dan sastera dalam negara.

Selepas 25 tahun, Anwar kembali ke Perhimpunan Agung UMNO
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal kembali 'menjejakkan kaki' ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 pada 9 Jun ini.

Agrico Qatar berminat dapatkan bekalan minyak sawit mentah Malaysia - PM
Perkara itu antara yang disuarakan ketika menerima kunjungan hormat Pengerusi Agrico Qatar Ahmed Hussain Al-Khalaf di pejabatnya.

Teliti semula syarat tetapkan pemaju perumahan sedia rumah mampu milik - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) meneliti semula syarat yang menetapkan pemaju perumahan untuk menyediakan kediaman mampu milik.

Hajiji optimis bantuan kerajaan percepatkan rancangan selesai masalah air di Sabah
Dana itu akan digunakan untuk pelaksanaan enam program merangkumi 20 projek di seluruh negeri.

Tawaran sertai Kerajaan Perpaduan diterima selepas PRU15 - Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengakui tawaran kerjasama bagi menyertai Kerajaan Perpaduan diterima selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.