Skip to main content

Malaysia

Arahan bekerja dari rumah masih kekal di kawasan PKPB - Ismail Sabri

51603343325_WFH.jpg
51603343325_WFH.jpg
Advertisement
KUALA LUMPUR:Arahan bekerja dari rumah masih lagi dikekalkan di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, ketika ini, kerajaan belum membuat sebarang perubahan mengenai perkara itu.

"(Arahan) bekerja dari rumah telah diumumkan (sebelum ini). Tidak ada perubahan lagi.

"Bermakna bekerja dari rumah masih diteruskan di kawasan PKPB yang diumumkan sejak mula. Jadi bekerja dari rumah masih diteruskan setakat ini," katanya dalam sidang media pada Selasa. 



Awal bulan lalu, Ismail Sabri mengumumkan arahan kerajaan untuk mewajibkan pekerja sektor awam dan swasta bahagian pengurusan serta pengawasan untuk bekerja dari rumah dikekalkan di kawasan penguatkuasaan PKPB. 

Arahan itu sebelum ini membabitkan kira-kira sejuta pekerja di kedua-dua sektor di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Must Watch Video

Advertisement