awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Amang seksual: Pelajar tahfiz dikenakan bon berkelakuan baik dua tahun
DUNIA
Puluhan penerbangan ke Bali dibatalkan susulan letusan Gunung Lewotobi
MALAYSIA
KBS latih tenaga pengajar ILKBS kuasai teknologi AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Armada Bersatu sertai himpunan bantah dasar ekonomi bebankan rakyat

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
18/06/2025
02:15 MYT
Armada Bersatu sertai himpunan bantah dasar ekonomi bebankan rakyat
Harris berkata, Armada Bersatu berpandangan bahawa sebarang dasar ekonomi yang membebankan rakyat wajar ditolak. - Foto Instagram/@harrisidaham
KUALA LUMPUR: Armada Bersatu hari ini menegaskan pendirian menolak dasar-dasar ekonomi yang didakwa menekan rakyat dan menyatakan komitmen untuk menyertai himpunan yang dijadual berlangsung pada 26 Julai 2025 di ibu negara.
Kenyataan itu dimaklumkan Ketua Penerangan Armada Bersatu, Harris Idaham Rashid.
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat yang membincangkan hala tuju serta gerak kerja organisasi dalam usaha memberdayakan parti itu sebagai wadah politik.
Menurut Harris, Armada menzahirkan komitmen untuk terus memperkukuh struktur organisasi serta keupayaan kepimpinan di semua peringkat.
"Antara langkah yang diputuskan termasuklah pelaksanaan program latihan bulanan yang konsisten bagi melahirkan pelapis kepimpinan muda yang bersedia menghadapi cabaran semasa.
"Bermula Julai 2025, Armada Bersatu akan melaksanakan pendekatan turun padang melalui siri jelajah dan sesi libat urus bersama rakyat, khususnya di kawasan tumpuan.
"Langkah ini bertujuan mengukuhkan hubungan akar umbi dan memastikan suara anak muda dibawa terus ke tengah denyut nadi masyarakat," katanya, pada Rabu.
Dalam mesyuarat itu juga, beliau berkata, beberapa isu ekonomi semasa yang kian menghimpit kehidupan rakyat turut menjadi perhatian.
Antaranya termasuk perluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang meningkatkan kos barangan dan perkhidmatan harian, kenaikan tarif elektrik yang memberi kesan langsung kepada harga makanan serta keperluan asas, dan pelaksanaan subsidi bersasar bagi petrol RON95 yang menimbulkan kegusaran besar dalam kalangan golongan B40 dan M40.
Jelasnya, Armada Bersatu berpandangan bahawa sebarang dasar ekonomi yang membebankan rakyat, apatah lagi yang dilaksana tanpa ketelusan dan tidak berpaksikan realiti kehidupan seharian, wajar ditolak.
Topic Berkaitan
#Armada Bersatu
#Harris Idaham Rashid
#himpunan
#dasar ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami