awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Asap dalam kabin paksa pesawat MASWings patah balik ke Miri

Bernama
Bernama
31/05/2020
13:39 MYT
Asap dalam kabin paksa pesawat MASWings patah balik ke Miri
Pasukan Bomba Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dengan kekuatan tujuh anggota dan dua jentera telah digerakkan untuk bersiap sedia di kawasan landasan sebaik saja panggilan kejadian diterima. - Gambar fail/BERNAMA
Pesawat ATR milik MASwings membawa 25 penumpang dan empat kru yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Miri ke Labuan petang ini terpaksa berpatah balik setelah asap keluar dari kabin pesawat.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata berdasarkan maklumat diterima daripada pihak bomba lapangan terbang, juruterbang telah menghubungi Lapangan Terbang Antarabangsa Miri memaklumkan kejadian tersebut. Terdapat 25 penumpang, dua juruterbang dan dua pramugari dalam pesawat tersebut.
Beliau berkata pasukan Bomba Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dengan kekuatan tujuh anggota dan dua jentera telah digerakkan untuk bersiap sedia di kawasan landasan sebaik saja panggilan kejadian diterima.
Selain itu katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri dengan tujuh anggota dan satu jentera turut digerakkan ke lapangan terbang itu setelah menerima panggilan tentang kejadian itu pada 4.32 petang."Kapal terbang berlepas dari Miri ke Labuan pada 4.05 petang dan telah berpatah balik dan selamat mendarat pada jam pada 4.24 petang. Semua penumpang dan kru selamat," katanya.
Menurutnya, pihak pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Miri telah mengesahkan tiada kebakaran berlaku tetapi penerbangan pesawat tersebut telah dibatalkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#kebakaran
#MASWings
#Miri
#operasi
#penerbangan
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan