MALAYSIA
ASEAN 2025: Agenda urbanisasi adil, sediakan peluang sama rata kepada semua – Fadillah

Fadillah menyampaikan ucapan perasmian di Forum Kemampanan Urbanisasi ASEAN (ASUF) hari ini. -Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Biarpun kawasan bandar utama di ASEAN menjana sekitar 70 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) rantau ini, dengan nilai ekonomi sekitar AS$3.8 trilion, namun kemakmuran itu masih tidak dikongsi secara saksama.
Ringkasan AI
- Kemakmuran bandar ASEAN tidak dikongsi secara saksama, walaupun menjana 70% KDNK rantau dengan nilai AS$3.8 trilion; penempatan setinggan dan infrastruktur sesak masih berleluasa.
- Urbanisasi mesti menjana keadilan dan peluang, bukan sekadar pertumbuhan ekonomi; akses kepada pendidikan, penjagaan dan pekerjaan perlu disertai penyelesaian isu perumahan dan mobiliti.
- Krisis iklim dan bencana bandar seperti banjir dan jerebu adalah seruan kepada tindakan segera; pembangunan bandar perlu berdaya tahan dan inklusif menjelang 2030.
“Cabarannya jelas di depan mata, urbanisasi perlu menjadi kuasa penggerak kepada peluang, bukan perpecahan atau ketaksamarataan.
"Dalam kita mengembangkan akses kepada pendidikan, penjagaan, dan pekerjaan yang sememangnya penting, kita tidak boleh mengabaikan krisis dalam perumahan, pergerakan, dan daya tahan iklim.
“Kekerapan bencana banjir, jerebu dan mendapan jalan bukan sekadar amaran, tetapi seruan kepada tindakan. Dan tindakan itu perlu bermula sekarang juga,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian di Forum Kemampanan Urbanisasi ASEAN (ASUF); Forum Gabenor dan Datuk Bandar ASEAN (AGMF); dan Mesyuarat Gabenor dan Datuk Bandar ASEAN (MGMAC) 2025 anjuran ASEAN; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; dan Urbanice di ibu negara, pada Selasa.
Fadillah berkata ASEAN sudah menjadi rumah kepada 700 juta penduduk, dengan sekitar 370 juta tinggal di kawasan bandar.
Menjelang 2050, tambahnya, tujuh daripada setiap 10 rakyat ASEAN akan menetap di bandar, sekali gus menjadikan pusat-pusat bandar sebagai tulang belakang ekonomi rantau ini.
“Bandar-bandar kita (ASEAN) menyumbang 70 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ASEAN dan memacu ekonomi bernilai AS$3.8 trilion setakat 2024.
"Dari syarikat pemula teknologi yang pesat berkembang di Jakarta hinggalah kepimpinan Singapura dalam bidang kewangan, bandar-bandar ini merupakan enjin pertumbuhan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami