KUALA LUMPUR: ASEAN harus melipatgandakan usaha untuk muncul sebagai gagasan yang dihormati dan dipercayai bagi mekanisme pelbagai hala serantau, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Namun begitu, katanya lagi, kepaksian rantau ini akan terus diuji dengan tekanan dalaman dan luaran.
Atas sebab itu, Perdana Menteri berkata, ASEAN juga memerlukan kombinasi mekanisme-mekanisme berbentuk dua hala, pelbagai hala dan bahkan minilateral – dan juga kreativiti dan sokongan badan-badan bukan kerajaan untuk berjaya.
“Ketika persaingan antara kuasa-kuasa besar dunia menghasilkan cabaran yang tersendiri kepada rantau ini, ia tidak seharusnya memudaratkan. Malah libat urus secara proaktif dengan kuasa-kuasa besar akan memberikan manfaat kepada rantau ini, dengan syarat kita mampu melakukannya.
“Dalam situasi sebegini, rantau ASEAN seharusnya bersedia menghadapi persaingan kuasa-kuasa besar dengan bijak,” katanya lagi.
Keutuhan ASEAN, tegas Perdana Menteri, bakal memberikan kesan positif kepada masyararakat serantau, dan disebabkan itu ia perlu terus kukuh dan produktif serta kekal menjadi paksi kepada libat urus serantau dalam usaha membentuk norma-norma baharu di rantau ini
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik (APR) ke-35, anjuran bersama Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, dan Jaringan ASEAN-ISIS, yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.
Dalam pada itu Ismail Sabri berkata, kepentingan China di rantau ASEAN adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan.
Sejak 2009, Perdana Menteri berkata, negara itu kekal menjadi rakan dagang utama ASEAN, dan pada tahun 2020, ASEAN telah mengatasi Kesatuan Eropah sebagai rakan dagang utama China.
“Melihat kepada ekonomi dan kedudukan strategik China, ASEAN berharap dapat mengekalkan hubungan yang positif dan stabil dengan Beijing.
“Dalam masa sama, ASEAN juga harus terus memperkemaskan hubungan ekonomi dan diplomatik dengan Amerika Syarikat berdasarkan rasa saling hormat-menghormati dan semangat setiakawan yang tinggi,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata, Amerika Syarikat, China dan Asia Tenggara harus memastikan semangat yang mengikat hubungan dua hala dan pelbagai hala dipelihara dan diperkukuhkan, berdasarkan kepada pematuhan undang-undang antarabangsa yang telah lama wujud.
Firdaus Azil
Tue Jul 05 2022
Keutuhan ASEAN, tegas Perdana Menteri, bakal memberikan kesan positif kepada masyararakat serantau, dan disebabkan itu ia perlu terus kukuh dan produktif serta kekal menjadi paksi kepada libat urus serantau.
[INFOGRAFIK] Senarai Mangsa Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM.
Pantau Agenda Reformasi: Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM
Pantau Agenda Reformasi: KL20 – Melonjakkan sektor teknologi syarikat pemula niaga Malaysia
Nahas helikopter Lumut: Video persiapan Raya jadi kenangan terakhir bersama arwah - Abang
Arwah dilihat begitu teruja membuat persiapan Aidilfitri dengan memesan langsir baharu berwarna putih dan keemasan.
S P Setia Berhad adakan Rumah Terbuka Raya 2024, kekal tradisi bertemakan batik
Pemaju hartanah terkemuka tempatan S P Setia Berhad menganjurkan sambutan rumah terbuka menerusi tema "Sentuhan Syawal, Setia Bersama" dalam usaha meraikan perpaduan komuniti Setia.
Nahas helikopter Lumut: MCMC nasihat orang ramai tidak muat naik, sebar video
MCMC menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik atau menyebarkan video insiden nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Nahas helikopter Lumut: Jenazah semua mangsa selamat tiba di HRPB, Ipoh
Jenazah mangsa dibawa ke hospital menggunakan van jenazah dengan diiringi empat motosikal dan lima kenderaan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Nahas helikopter Lumut: 2 Pegawai Memerintah Skuadron, ini senarai mangsa terkorban
Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.
Bursa Singapura: Perubahan peraturan bantu pelabur panggil mesyuarat khas
Peraturan baharu itu boleh menjadi langkah positif dalam usaha memperbaik tadbir urus korporat.
Airasia Consulting teruskan libat urus bagi nyahlabur Srilankan Airlines
AirAsia Consulting berhasrat untuk meneruskan libat urus dengan pihak International Finance Corporation (IFC) yang diberi mandat memberi nasihat kepada kerajaan Sri Lanka berhubung usaha nyahlabur dalam SriLankan Airlines Ltd.
ASEAN harus terus jadi gagasan yang dihormati, dipercayai - Ismail Sabri
Perdana Menteri berkata, ASEAN juga memerlukan kombinasi mekanisme-mekanisme berbentuk dua hala, pelbagai hala dan bahkan minilateral
Ketidaktentuan politik dan ekonomi memerlukan dunia amalkan semangat 'Keluarga Dunia' - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, ekonomi dan politik dunia menghadapi pasca pandemik yang kompleks, selain persaingan antara kuasa besar dunia.