KUALA LUMPUR:Negara-negara anggota ASEAN perlu memperkukuhkan kesalinghubungan dan bergerak sebagai satu blok bagi komuniti ASEAN dalam mempercepatkan pendigitalan terutama semasa pandemik COVID-19.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Datuk Seri Mohammad Mentek berkata ini kerana sektor digitalisasi berfungsi sebagai pemboleh kritikal bagi hampir semua sektor lain.
Oleh itu, katanya, adalah penting bahawa sektor ini memastikan keselamatan ekosistem digital dengan kebergantungan semua sektor untuk berfungsi dan menjalankan urusan masing-masing.
"Saya percaya bahawa kita telah mengadakan perbincangan yang berhasil dan Malaysia akan memastikan dedikasi sepenuhnya semasa memegang jawatan pengerusi," katanya dalam ucapan penutup pada mesyuarat pertama Pegawai-Pegawai Kanan Digital ASEAN (ADGSOM1), di sini, hari ini.
Terdahulu, pegawai kanan tersebut mengadakan pertemuan dengan rakan dialog iaitu Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea Selatan, India, Kesatuan Eropah (EU) dan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).
Mohammad juga mempengerusikan bersama mesyuarat ADGSOM1+EU secara maya dengan Pentadbir Prinsipal EU, Direktorat Jeneral Hal Ehwal Antarabangsa untuk Rangkaian Komunikasi, Kandungan dan Teknologi, Petri Koistinen.
Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut termasuk kemajuan Pelan Kerja ICT ASEAN dan rakan dialog dan persediaan mesyuarat peringkat menteri yang dijadual berlangsung esok.
Mesyuarat ADGSOM secara maya selama dua hari itu disertai oleh kesemua 10 negara anggota ASEAN itu dan ia dihoskan oleh Malaysia dengan Sekretariat ASEAN bertindak sebagai pemudah cara.
Mesyuarat kemudian akan diteruskan dengan Mesyuara Menteri-Menteri Digital ASEAN Pertama (ADGMIN1) esok yang dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merasmikan mesyuarat tersebut dengan menyampaikan ucaptama pada jam 10 pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 20 2021

Mohammad Mentek berkata ini kerana sektor digitalisasi berfungsi sebagai pemboleh kritikal bagi hampir semua sektor lain. -Bernama

Warga emas kembali ke pangkuan keluarga selepas lebih 30 tahun terkandas di Sibu
Seorang warga emas wanita berusia 70 tahun yang terkandas lebih 30 tahun di Sarawak akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya di sini hari ini dengan bantuan satu operasi belas ihsan.

5 perkara penting kenyataan media harian PKP - 27 Feb 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 27 Feb 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Dua kanak-kanak lemas, seorang hilang tragedi mandi di Pantai Sungai Ular
Dua kanak-kanak perempuan maut akibat lemas manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang semasa mandi di Pantai Sungai Ular di sini hari ini.
![AWANI 7:45 [27/02/2021]: Vaksin Sinovac tiba | Dividen KWSP 5.2 peratus AWANI 7:45 [27/02/2021]: Vaksin Sinovac tiba | Dividen KWSP 5.2 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892825/18324770561614437173282_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [27/02/2021]: Vaksin Sinovac tiba | Dividen KWSP 5.2 peratus
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Dzulfitri Yusof dan Nailah Huda Fokus #AWANI745: - 200 Liter bekalan pertama Vaksin Sinovac tiba dari Beijing - Kompaun RM10,000 hanya kepada kesalahan berulang, pencetus penyebaran - Aktiviti korek pasir jejaskan tebing sungai, ancam keselamatan penduduk #HapusCOVID19 #MyVaksinCOVID19

Shahrizat kekal sebagai Presiden PARFUM 2021/2022
Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Pertubuhan Alumni Rumpun Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (PARFUM) bagi 2021/2022.

AWANI Ringkas: Seks luar tabii: Hormati keputusan Mahkamah Persekutuan | MARDI perkenal dua varieti padi baharu

NADMA sedang kenal pasti anggota APM terima suntikan vaksin fasa pertama
NADMA sedang mengenal pasti barisan hadapan dalam kalangan pegawai dan anggota APM yang akan diberi suntikan vaksin dalam Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

AWANI Ringkas: Suspek rempuh kenderaan ditahan reman | Kompaun RM10,000 bukan untuk semua kesalahan - KPN

AWANI Ringkas: Bas bawa pesakit COVID-19 rempuh tol | COVID-19: 2,364 kes baharu, 10 kematian

Rampasan kuasa Myanmar: Negara anggota ASEAN bincang kenyataan bersama - Kementerian Luar Brunei
Setakat ini, kerajaan-kerajaan negara ASEAN telah mengeluarkan kenyataan berasingan berkenaan situasi di Myanmar.

Asean perlu bergerak sebagai satu blok dalam percepatkan digitalisasi
Adalah penting sektor ini memastikan keselamatan ekosistem digital dengan kebergantungan semua sektor untuk berfungsi dan menjalankan urusan masing-masing.

#ASEAN52: Makanan mampu merakyatkan ASEAN, bukan lagi retorik
Kesatuan 10 negara anggota itu tidak harus hanya memfokuskan kepada hubungan kerajaan dengan kerajaan (G2G) tetapi menjadikannya rakyat dengan rakyat (people centric).

ASEAN mahu bebas jerebu menjelang 2020 - Wan Junaidi
Turut dicadangkan penubuhan Pusat Penyelarasan ASEAN, ataupun ASEAN Coordinating Center (ACC), yang akan beroperasi di Indonesia.

Negara ASEAN digesa hidupkan semula kerjasama tangani jerebu rentas sempadan
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kekurangan sumber menjadi punca beberapa aktiviti ditangguhkan.