awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN perlu terus berdiri teguh bina masa depan yang inklusif - Sultan Ibrahim

Astro Awani
Astro Awani
27/05/2025
10:23 MYT
ASEAN perlu terus berdiri teguh bina masa depan yang inklusif - Sultan Ibrahim
Sultan Ibrahim bertitah, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China berlangsung pada waktu yang penuh dengan cabaran dan kompleksiti global. - Foto/ Instagram/ officialsultanibrahim
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan harapan ASEAN dan rakan-rakannya akan terus berdiri teguh bersama dalam perpaduan dan saling menghormati demi membina masa depan yang inklusif, berdaya tahan dan berpandangan jauh.
Baginda bertitah, Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China berlangsung pada waktu yang penuh dengan cabaran dan kompleksiti global.
“Malaysia amat berbesar hati menjadi tuan rumah kepada sidang-sidang kemuncak yang penting ini, mencerminkan komitmen bersama untuk memajukan keamanan, kemakmuran dan perkongsian di rantau ini dan seterusnya.
“Semoga masa anda di sini dapat memperkukuh lagi ikatan persahabatan dan kerjasama yang menyatukan kita semua,” titah baginda dalam kenyataan di laman Instagram, pada Selasa.
Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Titah Diraja ketika Majlis Santapan Diraja yang dihoskan oleh baginda di Istana Negara sempena Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China, hari ini.
Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Seri Anwar Ibrahim, pemimpin-pemimpin tertinggi ASEAN dan negara GCC, China serta Timor-Leste.
Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja yang berlangsung di Dewan Seri Maharaja, Istana Negara.
Pada majlis yang julung kali diadakan itu, baginda juga berkenan menyambut ketibaan setiap pemimpin negara sebelum menyampaikan Titah Diraja serta beramah mesra dan bergambar bersama pemimpin yang hadir.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#ASEAN25
#ASEAN 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan