Presiden UMNO itu menegaskan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Liew Vui Keong juga telah pun mengesahkan bahawa perkara ini tidak benar.
“Dari dahulu saya telah menyatakan beberapa kali bahawa tidak ada sejumlah itu. Harus diingat pada tahun 1996, saya bukan seorang anggota dalam kerajaan, saya adalah Ahli Parlimen biasa dan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
“Ketika itu saya terlibat dalam pengendalian empat syarikat yang tersenarai. Saya juga adalah pemegang saham minoriti; saya juga menjadi CEO kepada salah sebuah syarikat tersebut dan Pengerusi Eksekutif. Tentunya aset itu dalam bentuk saham, dan saham itu tidak diperoleh percuma. Ia merupakan pinjaman.
“Cuba bayangkan jika saham itu bernilai ‘X’, mesti kita harus tolak dengan X minus ‘1’. Jadi berapa nilai nett. Hanya orang yang berfikiran kotor yang menyatakan jumlah itu ada pada saya dari segi nilai aset.
"Tapi jawapan yang diberikan oleh JPM semalam telah menjelaskan bahawa itu tidak benar," jelas Zahid kepada media di lobi Parlimen hari ini.
"Tapi jawapan yang diberikan oleh JPM semalam telah menjelaskan bahawa itu tidak benar," jelas Zahid kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Zahid berkata demikian sebagai menjawab tuduhan kononnya beliau memiliki aset bernilai RM230 juta.
Dakwaan ini didedahkan pertama kali oleh perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ogos tahun lalu Ahmad Zahid telah menawarkan diri untuk disiasat SPRM atas pertuduhan tersebut.
Semalam, Vui Keong yang menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) berkata tiada bukti untuk menyokong dakwaan Ahmad Zahid memiliki aset bernilai RM230 juta dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat jika ada unsur salah laku di bawah bidang kuasanya terhadap bekas timbalan perdana menteri itu.