KUCHING: Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar dilantik sebagai Pemangku Yang di Pertua Negeri Sarawak bermula esok.
Ia berikutan ketiadaan Tun Abdul Taib Mahmud yang kini masih dalam proses pemulihan kesihatan di luar negara.
Abdul Taib sebelum ini berada di Turkiye untuk bercuti sebelum berhadapan masalah kesihatan dan menjalani prosedur pembedahan.
Sehubungan pelantikan tersebut, Asfia akan mengangkat sumpah jawatan pemangkuan pada jam 4.00 petang esok Bilik Menghadap Utama Astana Negeri di Petra Jaya.
Hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Ini bukan kali pertama Asfia melaksanakan tugas tersebut, dan kali terakhir adalah pada 1 Disember 2019 hingga 11 Januari 2020.
Asfia sebelum ini dilantik sebagai Speaker sejak 15 Januari 2000. Beliau telah disambung tugas sebanyak lapan kali dan akan berakhir pada November depan.
Sebelum ini beliau pernah dilantik sebagai Pemangku Yang di Pertua Negeri sebanyak lima kali.
Asfia merupakan Lulusan Undang-Undang daripada Leeds University , England dan memperoleh Barrister-at-Law dariInner Temple, London.
Beliau memperoleh ijazah lanjutan dalam bidang Pengurusan Pelabuhan dan Perkapalan dari University of Wales, Cardiff.
Beliau bertugas sebagai Penasihat Undang-Undang Perbadanan Kemajuan dan dan Perindustrian Kayu Sarawak dari tahun 1974 hingga 1976, sebelum bertugas sebagai Peguamcara dan Peguambela dati tahun 1976 hingga 2000.
Beliau dilantik Pengerusi Interfinance Berhad dari tahun 1980 hingga 1991, selain menjawat Ketua Pengarang The Sarawak Tribune dari tahun1990 hingga 2000.
Sejak tahun 2002, Asfia dilantik Pengerusi Tetap Parti PBB Sarawak; dan Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan Parti PBB Sarawak.
Beliau juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi DUN Kuala Rajang (1979 hingga 1983) dan Serdeng / Semop (1991 hingga 2011).
Beliau dilantik Timbalan Speaker DUN Sarawak pada 1995 hingga 2000, sebelum dinaikkan sebagai Speaker DUN Sarawak bermula 15 Januari 2000.
Astro Awani
Wed Aug 16 2023
Asfia akan mengangkat sumpah jawatan Yang di Pertua Negeri Sarawak berikutan ketiadaan Tun Abdul Taib Mahmud yang kini masih dalam proses pemulihan kesihatan di luar negara. - Foto BERNAMA
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
Operasi mencari helikopter dinaiki Presiden Iran sedang berjalan
Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan muka bumi dan cuaca yang buruk.
Kad Haji Nusuk mula diedar, berkuatkuasa selepas 6 Jun
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengedarkan kad haji Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara pada 18 Mei, menjadikan Malaysia antara negara terawal yang berbuat demikian bagi memperkemaskan proses dan meningkatkan langkah keselamatan untuk jemaah.
DAP teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan sentiasa berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan dan memperjuangkan prinsip keadilan sebagaimana tokoh politik parti dan bekas pengerusinya, mendiang Datuk Seri Karpal Singh.
PM sifatkan Isreal sebagai kolonial apartheid
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyifatkan Israel sebagai sebuah kolonial apartheid kerana melakukan jenayah kemanusian ke atas rakyat Palestin.
Starlink sudah tiba di Indonesia
Bilionair yang juga pemilik SpaceX optimis dengan inovasi perkhidmatan jalur lebar dengan teknologi satelit Starlink yang dicipta syarikatnya mampu memberi capaian internet yang meluas khusus sekali di kawasan-kawasan pedalaman Indonesia. Beliau yang juga merupakan pemilik jenama kenderaan elektrik terkemuka, Tesla dan laman sensasi 'X' kini berada di pulau pelancongan, Bali untuk melancarkan sistem khidmat itu yang turut memberi impak besar kepada sektor kesihatan negara berkepulauan terbesar di dunia itu.
10 Berita Pilihan - (19 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kanak-kanak antara yang maut dalam serangan Israel
Antara 28 individu yang terkorban dalam serangan Israel di Nuseirat di tengah Gaza pada Ahad, termasuk seorang kanak-kanak.
Petugas kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata. kebanyakan mereka yang terbunuh dalam serangan awal pagi tinggal di sebuah rumah yang sama.
Petugas kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata. kebanyakan mereka yang terbunuh dalam serangan awal pagi tinggal di sebuah rumah yang sama.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Mei 2024.
TYT Sarawak bertemu wakil ketua agama UNIFOR
Tun Wan Junaidi berkesempatan untuk beramah mesra bersama-sama dengan wakil ketua agama yang hadir, sekali gus berbincang mengenai perkara-perkara berkaitan dengan UNIFOR.
Asfia pangku TYT Sarawak bermula esok
Asfia akan mengangkat sumpah jawatan pemangkuan pada jam 4.00 petang esok Bilik Menghadap Utama Astana Negeri di Petra Jaya.
DAP ucap tahniah kepada Tun Ahmad Fuzi atas pelantikan sebagai TYT Pulau Pinang
DAP mengucapkan tahniah kepada Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak atas pelantikan beliau sebagai Yang Dipertua (YDP) Negeri Pulau Pinang yang kelapan.
PM akui PRN Sabah antara punca peningkatan mendadak kes COVID-19
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui PRN Sabah menjadi antara punca berlakunya peningkatan kes COVID-19 di Malaysia.
Istiadat angkat sumpah Ketua Menteri Sabah hari ini?
Keadaan cuaca yang sedikit redup ketika ini seperti memahami keluh kesah rakyat yang mahukan 'polemik Ketua Menteri Sabah' segera diselesaikan.
PRN Sabah tetap diteruskan walaupun kes COVID-19 meningkat - Takiyuddin
Bagi meneruskan PRN Sabah, kerajaan harus menyediakan satu kaedah yang lebih selamat bagi memastikan tiada penularan COVID-19 berlaku di kalangan pengundi.
Mahkamah Persekutuan perlu putuskan isu perlembagaan kuasa TYT singkir Ketua Menteri
Hakim Mahkamah Persekutuan itu berkata merit rayuan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman perlu didengar demi kepentingan awam dan bukannya ditolak sebagai bersifat akademik.
Bubar DUN Sabah: Musa Aman bawa ke mahkamah
Tan Sri Musa Aman, bersama gabungan seramai 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan membawa kes pembubaran dewan negeri oleh Tuan Yang Terutama (TYT) ke mahkamah esok.
Rombongan Shafie Apdal dilihat memasuki Istana Negeri
Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat berhubung pertemuan itu setakat ini.
Agong kurnia Watikah Pelantikan TYT Melaka ketujuh kepada Mohd Ali Rustam
Pelantikan bekas Ketua Menteri Melaka itu berkuat kuasa semalam sehingga tempoh empat tahun bagi menggantikan Tun Dr Mohd Khalil Yaakob yang tamat tempoh perkhidmatan semalam.