awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro tayang 19 karya Mamat Khalid bermula hari ini

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
24/10/2021
09:18 MYT
Astro tayang 19 karya Mamat Khalid bermula hari ini
Allahyarham sinonim dengan filem komedi satira dan sering menyelitkan isu masyarakat serta kritikan sosial. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR : Sebagai mengenang pemergian sutradara terkenal, Mamat Khalid, Astro akan menayangkan 19 karya-karya Allahyarham di saluran Astro On Demand.
Antara filem dan drama bersiri yang dirangkumkan dalam rel Mamat Khalid Dalam Kenangan itu termasuk Hantu Kak Limah, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Episod 10 Journey To Stardom, Klik Rider dan Yang Dulu Bersama Mamat Khalid.
"Selain itu, rel tribut tersebut turut merangkumi Kampong Pisang Bersiri Siri; Manap Karaoke; Husin, Mon dan Jin Pakai Toncet; Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya; Rock Oo!: Rimba Bara Kembali dan Rock, Rock Bro!.
"Filem komedi 17 Puasa, 16 Puasa, Amir dan Lokman Pergi Ke Laut, Kampong Pisang Kita Setandan, Man Laksa, Kala Malam Bulan Mengambang dan Semerah Darah turut akan ditayangkan," menurut kenyataan Astro pada Ahad.
Tayangan ini akan bermula pada hari ini sehingga 31 Oktober 2021 dan ia tertakluk kepada pakej langganan pelanggan, jelasnya lebih lanjut.
Pengarah filem terkenal, Mamat Khalid meninggal dunia akibat serangan jantung malam tadi.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Mengenang Mamat Khalid
Allahyarham sinonim dengan filem komedi satira dan sering menyelitkan isu masyarakat serta kritikan sosial.
Berita pemergian Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid, dikongsikan oleh penyair Pyanhabib di Facebooknya.
Allahyarham meninggalkan isteri, Hasmah Hassan bersama lima orang anak iaitu tiga lelaki, Mohd Khalid Amen, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Zaffa dan dua perempuan iaitu Sara dan Nurhassanah.
Topic Berkaitan
#Mamat Khalid
#mengenang Mamat Khalid
#pengarah filem
#Astro On Demand
#Hantu Kak Limah
#Kampong Pisang Bersiri Siri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan