awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atasi Islamofobia menerusi dialog intelektual - PM Anwar

Hilmi Malik
Hilmi Malik
27/02/2023
06:27 MYT
Atasi Islamofobia menerusi dialog intelektual - PM Anwar
Menurut Anwar, Islam tidak akan digambarkan sebagai agama yang membawa kepada perpecahan dan keganasan sekiranya pendekatan yang diambil berlandaskan sumber yang sahih. - Fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Umat Islam di seluruh dunia perlu mengatasi isu Islamofobia menerusi platform perdebatan secara intelektual.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan ekstremis oleh segelintir pihak tidak akan mendatangkan sebarang kesan yang positif.
"Wacana atau dialog itu harus dilaksanakan di peringkat negara dan antarabangsa.
"Peranan itu perlu dilakukan kerana kita ini walaupun Islam merupakan agama persekutuan tetapi kita juga merangkul kekuatan semua kaum dan agama," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri Forum Antarabangsa mengenai Islamofobia di Putrajaya pada Isnin.
Katanya lagi, Islam tidak akan digambarkan sebagai agama yang membawa kepada perpecahan dan keganasan sekiranya pendekatan yang diambil berlandaskan sumber yang sahih.
Ujarnya lagi, permasalahan seumpama itu tidak hanya tertumpu kepada dalam kalangan umat Islam sahaja malah turut melibatkan agama lain.
"Masalah ketika ini adalah soal kerana mereka yang menentang Islam juga tidak pernah cuba memahami Islam.
"Yang menentang juga tidak semua dengan cara yang betul dan ini juga mampu timbulkan masalah," katanya lagi.
Mengulas lanjut, Anwar Ibrahim turut menyatakan negara perlu membawa masuk pakar-pakar agamawan dalam usaha mewujudkan kefahaman yang lebih jelas.
"Di Malaysia ini memang perlu (pakar agama) kerana kalau saya nak pimpin negara saya perlu faham tentang Islam... kalau nak bercakap tentang agama lain pun saya perlu faham.
"Perkara ini untuk elak kita tidak hina agama dia dan memberi pandangan yang tidak selari dengan kefahaman agama mereka," ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#Islamofobia
#Anwar Ibrahim
#perdebatan intelektual
#Malaysia Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan