awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atlet jadikan ruang tamu sebagai 'lane boling'

Bernama
Bernama
10/04/2020
04:24 MYT
Atlet jadikan ruang tamu sebagai 'lane boling'
Muhammad Ekmal guna barang yang terdapat di sekitar rumah untuk teruskan latihan tiga kali seminggu. Gambar hiasan.
Mendapat ilham daripada filem animasi 'The Flintstones', seorang atlet tenpin boling Perlis mengunakan kreativiti menjadikan ruang tamu rumahnya sebagai 'lane' untuk berlatih boling sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pegerakan (PKP).
Muhammad Ekmal Hakim Abdullah, pemenang pingat emas kategori TPB 5-6-7 (Celebral Palsy) Para Sukan Malaysia (SUKMA) edisi Perak 2018, dan Sukan Paralimpiad edisi Sarawak 2016 dan edisi Pahang 2012 berkata beliau menjadikan botol air minuman sebagai 'pin' dan tilam nipis sepanjang tiga meter sebagai 'lane'.
"Oleh kerana menguna bola boling, saya letak kusyen sofa di sekitar 'lane' agar dinding rumah tidak rosak," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Muhammad Ekmal yang juga pemberita sambilan berkata walaupun 'lane' yang dibuatnya tidak sehebat di pusat boling beliau tetap rasa gembira kerana dapat meneruskan latihan bagi mengekalkan momentum.
"Saya guna barang yang terdapat di sekitar rumah untuk teruskan latihan tiga kali seminggu agar tidak lupa 'step' dalam melakukan balingan.
"Bagi saya atlet perlu sentiasa berlatih tidak mengira musim jika mereka ingin terus kekal cergas dan perlu guna kreativiti dalam keadaan sekarang agar dapat terus berlatih," katanya.
Muhammad Ekmal berkata beliau berazam untuk terus mempertahankan pingat emas pada Para Sukma edisi 2020 walaupun temasya itu ditangguh kerana penularan wabak COVID-19.
"Impian saya adalah untuk mewakili negara pada peringkat Sukan Para ASEAN satu hari nanti," katanya yang mula berlatih boling sejak umur lapan tahun. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#berlatih dalam rumah
#boling
#kreativiti
#Perlis
#sukan
#SUKMA
#tenpin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan