awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ATM tahan 14 warga Myanmar ceroboh masuk sempadan negara

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
26/10/2022
02:20 MYT
ATM tahan 14 warga Myanmar ceroboh masuk sempadan negara
Kesemua yang ditahan adalah warga Myanmar yang terdiri daripada 12 lelaki dan dua perempuan berusia 18 hingga 39 tahun, tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. - Foto ATM
BUKIT KAYU HITAM: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki negara ini melalui laluan tidak sah di sempadan negara Malaysia-Thailand di sini, pada Selasa.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataannya berkata, kesemua PATI warga Myanmar itu ditahan menerusi tiga siri tangkapan di bawah Sektor Op Benteng Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
“Pasukan rondaan yang sedang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand mengesan pergerakan sekumpulan manusia dalam keadaan mencurigakan yang cuba bersembunyi di kawasan laluan sungai sekitar kawasan Kemajuan Tanah Bukit Tangga, jam 10.30 pagi.
“Anggota seterusnya bertindak menjejaki dan menahan kesemua orang awam tersebut seramai 14 orang.
"Hasil pemeriksaan mendapati kesemuanya adalah warga Myanmar yang terdiri daripada 12 lelaki dan dua perempuan berusia 18 hingga 39 tahun tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah," menurut kenyataan itu.
Dalam operasi itu, pihak ATM merampas tiga telefon bimbit, sejumlah wang tunai dalam mata wang Myanmar, 10 kad pengenalan warga Myanmar dan tujuh beg pakaian.
Keseluruhan rampasan dianggar bernilai RM1,500.
Kesemua PATI diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#pati
#Op Benteng
#sempadan Malaysia-Thailand
#Angkatan Tentera Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan