KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak pernah menetapkan kuota kaum bagi pengambilan anggota ATM, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata pengambilan dibuat dua kali dalam setahun melibatkan pengambilan dengan jumlah 6,000 hingga 7,000 anggota.
"Kami tidak mengenakan kuota mengikut kaum. Peratusan penyertaan mereka (bukan bumiputera) amat rendah dalam ATM.
"Mereka nampak ada kerja lain seperti berniaga yang memberikan dan menjanjikan pulangan yang lumayan...jadi ia bukan disebabkan tidak ada pelan persaraan," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2023 di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu peratusan rendah golongan bukan bumiputera yang menyertai ATM.
Mohamad berkata ATM mempunyai banyak perancangan bagi mempersiap anggotanya untuk persaraan, antaranya pelbagai kursus peralihan yang dianjurkan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera.
Selain itu, katanya, pelbagai perancangan dibuat untuk menarik golongan bukan bumiputera menyertai ATM antaranya membuka permohonan secara dalam talian dan mengadakan jerayawara di seluruh negara.
"Nampaknya ia amat tidak menggalakkan dan masih rendah. Oleh itu, kami tidak mahu perkara ini berterusan dan berharap kerjaya sebagai anggota tentera akan lebih menarik minat semua kaum," katanya.
Mengulas mengenai isu pembelian meriam mudah gerak (SPH) 155mm, Mohamad berkata walaupun proses perolehan aset itu dibatalkan tetapi senjata berkenaan tetap akan dibeli menerusi tender terbuka.
"Meriam berkenaan diperlukan tentera darat terutamanya Kor Artileri tetapi proses perolehannya kami batalkan kerana dia dulu melalui runding terus, jadi kami telah buat tender terbuka.
"Pembelian meriam berkenaan selepas ini akan dibuat dengan memastikan ia benar-benar mengikut spesifikasi diperlukan ATM," katanya.
Perolehan SPH merupakan sebahagian daripada rancangan ATM untuk mempertingkat ketumbukan Tentera Darat Malaysia.
Terdahulu, Mohamad menyampaikan 15,000 bungkusan Hari Raya Aidilfitri kepada anggota tentera yang bertugas di perbatasan dan perairan negara yang akan diedarkan sebelum perayaan itu.
"Sumbangan ini adalah untuk warga ATM yang bertugas semasa hari raya dan yang tidak bersama keluarga tercinta semasa sambutan berkenaan," katanya.
Turut hadir Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang, Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berucap pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Pertahanan hari ini. - Foto BERNAMA
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Tentera Rusia berundur dari selatan Syria
Sebuah konvoi kenderaan tentera Rusia dilaporkan berundur dari wilayah selatan Syria menuju ke pangkalan tentera di Tartous, bandar pesisir Latakia, utara negara itu.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah seorang wartawan dari Amerika Syarikat, Austin Tice yang hilang di Syria pada 2012.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Thailand tewaskan Malaysia 1-0
Rekod tanpa kalah skuad bola sepak negara dalam kempen Kumpulan A Piala ASEAN lebur apabila tewas 0-1 kepada Thailand dalam aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok, pada Sabtu malam.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
ATM tidak tetapkan kuota kaum dalam pengambilan anggota - Mohamad
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak pernah menetapkan kuota kaum bagi pengambilan anggota ATM, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Tiada pengambilan anggota bomba bantuan baharu - JBPM Terengganu
Pengarah JBPM Terengganu Md Hilman Abd Rashid menafikan berhubung pengambilan baharu itu seperti yang tersebar di media sosial.
ATM letak dua syarat baru pengambilan anggota
Angkatan Tentera Malaysiaakan melaksanakan syarat baharu dalam mengambil serta melatih pegawai dan anggota sejajar dengan hasrat negara menjadikan tentera bertaraf dunia.