awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Audi A6 baru

Astro Publication
Astro Publication
14/07/2014
03:49 MYT
Audi A6 baru
Antara semua jenama kereta Jerman ternama yang ada di Malaysia, Audi adalah yang paling kurang menonjol. Namun, model-model terbaru mereka telah dapat menarik minat lebih ramai pembeli, terutamanya setelah model A4 generasi terbaru (B8) keluar pada 2008. Pada tahun lepas, pelancaran A6 Hybrid yang menikmati pengecualian cukai bagi kenderaan hibrid sepenuhnya turut menaikkan reputasi jenama ini. Manakan tidak? Harganya cuma RM280,000. Tetapi itu kisah 2013; model tersebut sudah tidak dijual di Malaysia setelah polisi NAP dikeluarkan. Sekarang, Euromobil Malaysia (pengimport Audi rasmi di Malaysia) baru sahaja memperkenalkan model A6 yang dipertingkatkan dengan lampu utama LED, system MMI Navigation plus lengkap dengan MMI Touch, dan sistem parkir Audi serta kamera belakang. Selain itu, model ini turut dilengkapkan dengan aloi aluminium 18-inci (dahulunya 17-inci).
Kos untuk mendapatkan kelengkapan yang sama sepatutnya berharga RM46,600, tetapi Eurombil menetapkan harga pada RM30,000 (penjimatan RM16,600). Oleh itu, harga A6 2.0 liter TFSI ini adalah RM375,000.
Audi mengatakan bahawa penggunaan petrol adalah dianggarkan pada 6.4l/100km. Antara faktor yang menyumbang kepada angka ini adalah berat kereta yang rendah – hasil dari penggunaan kerangka aluminium hibrid yang lebih kurang 15% lebih ringan berbanding menggunakan kerangka keluli. Turut membantu adalah pengurusan terma inovatif Audi (Audi Innovative Thermal Management) dan sistem pemulihan tenaga (Energy Recuperation System). Sistem Pemanduan Audi memberikan pilihan antara fungsi Auto, Comfort, Dynamik dan Efficiency; di mana pendikit, transmisi dan stereng dilaras untuk kesesuaian pemanduan.
Spesifikasi
Model
Audi A6 2.0 TFSI
Enjin
1984cc, 4-silinder sebaris, direct injection, turbo
Gear
8-kelajuan multitronic
Pacuan
FWD
Prestasi
180bhp @ 4,000 - 6,000rpm, 320Nm @ 1,500 - 3,900rpm
Potensi
0-100km/j @ 6.4 saat, Maksima 226km/j
Keselamatan
6 beg udara, ESP, EDL
Berat
-
Harga
RM375,000 (tanpa insuran)
Topic Berkaitan
# Euromobil
#Audi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan